web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ribut Landa Pantai Remis, 31 Insiden Pokok Tumbang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 May 2021 11:56AM

Bomba tiba di tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan pokok yang tumbang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANJUNG - Sebanyak 31 kejadian membabitkan pokok tumbang berlaku di sekitar Pantai Remis, di sini, malam tadi selepas hujan lebat dan ribut melanda kawasan itu.

Difahamkan, tujuh daripada kejadian terbabit mengakibatkan kerosakan struktur rumah manakala insiden lain hanya membabitkan laluan kampung dan jalan raya.

Antara lokasi kejadian adalah di Jalan Gunung Tunggal, Lubuk Pusing, Tebuk Yan 2, Taman Pelangi, Jalan Haji Ali dan Jalan Pasar malam Sungai Batu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Pantai Remis bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, insiden pokok tumbang itu berlaku di 31 lokasi dan pihaknya terpaksa menjalankan kerja-kerja pemotongan serta pengalihan pokok di semua kawasan tersebut.

“BBP Pantai Remis turut mendapat bantuan daripada Bomba Sukarela dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk menjalankan kerja-kerja mengalihkan semua pokok berkenaan.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan walaupun terdapat tujuh kejadian mengakibatkan kerosakan struktur rumah dan berlaku ketika penghuni sedang berbuka puasa,” katanya.

Jurucakap berkenaan berkata, kerja pembersihan dilakukan bersama oleh MPM, Bomba Sukarela dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, lori dari pihak MPM turut digunakan bagi kerja-kerja mengalihkan pokok yang tumbang sebelum kesemua kerja berkenaan selesai dan operasi ditamatkan jam 4.32 pagi. - Getaran, 5 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Wanita Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Pantai Remis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Penunggang Motosikal Cedera Pokok Tumbang Di Melaka

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Fuhhh! Nasib Baik Sempat Brek

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka