web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Rogol Da'i: Sebutan Semula 5 Julai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 1:30PM

Da’i Syed hadir bagi sebutan kesnya yang didakwa atas pertuduhan cabul dan persetubuhan luar tabii di Mahkamah Petaling Jaya pada 19 Februari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 5 Julai untuk mendengar semula kes pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, yang didakwa atas satu tuduhan seksual membabitkan seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Rihaida Rafie berkata, masa berkenaan cukup bagi serahan baki dokumen untuk diteliti, iaitu laporan kimia dari Jabatan Kimia Malaysia.

“Tarikh 5 Julai untuk sebutan semula harus dimaklumkan kepada Jabatan Kimia,” katanya di sini hari ini.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal, telah menyerahkan laporan perubatan daripada Hospital Kajang hari ini.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian, memohon tarikh sebutan semula lebih awal, iaitu selama tiga minggu daripada tarikh hari ini.

Terdahulu, Nor Baizura berkata dua dokumen perubatan dari Hospital Shah Alam dan Hospital Temerloh, Pahang juga telah diserahkan pihaknya kepada pihak pembelaan.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal, 25, mengaku tidak bersalah merogol seorang wanita berusia 23 tahun di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada 11.35 malam, 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Syed Shah Iqmal turut didakwa mencabul kehormatan serta merogol seorang penuntut kolej swasta wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas mangsa yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, 17 Oktober 2020. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki