web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Cedera, 1 Parah, Alat Pemadam Api Meletup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 8:56PM

Salah seorang daripada mangsa diberi perhatian sebelum dimasukkan ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerja-kerja mengisi alat pemadam api yang dijalankan di sebuah kedai di Jalan Husin Nordin, Taman Pearl di sini, bertukar menjadi tragedi apabila salah satu alat pemadam api meletup secara tiba-tiba.

Dalam kejadian kira- kira jam 5 petang itu, tiga lelaki mengalami kecederaan termasuk seorang parah di bahagian kaki kanan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.09 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati terdapat satu alat pemadam api dipercayai meletup ketika kerja-kerja pengisian alat berkenaan dijalankan.

“Rawatan awal diberikan kepada kesemua mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Pihak kami masih menyiasat punca kejadian dan sama ada kedai berkenaan  menjual alat pemadam api atau sebaliknya,” katanya di sini, hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, pihak bomba kemudiannya membuat pemeriksaan terhadap kesemua alat pemadam api berkenaan bagi memastikan kesemuanya selamat.

Katanya, operasi kemudiannya ditamatkan jam 5.39 petang. - Getaran, 5 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka