web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


11 Mei Keputusan Permohonan Ibu Tunggal Batal Penukaran Agama 3 Anaknya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 8:49PM

Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 11 Mei untuk keputusan permohonan semakan kehakiman oleh ibu tunggal, Loh Siew Hong bagi mencabar penukaran agama Islam secara unilateral (sepihak) tiga anaknya oleh bekas suami wanita itu, tanpa persetujuan Loh.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan melalui Zoom daripada pihak-pihak terlibat.

Peguam A. Srimurugan yang mewakili Loh, berhujah bahawa tidak ada pertikaian oleh responden bahawa kanak-kanak itu - yang kesemuanya di bawah umur - telah didaftarkan sebagai Muslim tanpa kebenaran wanita tersebut.

Beliau berkata memandangkan fakta ini dibangkitkan, satu-satunya isu di hadapan mahkamah itu adalah mengenai status sah penukaran agama tersebut.

Peguam itu memetik kes Indira Gandhi lwn pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara unilateral adalah tidak sah.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang negeri Perlis Mohd Radhi Abas berhujah tafsiran yang betul mengenai perkataan “ibu bapa” dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan bermaksud sama ada ibu atau bapa.

Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.

Beliau berkata terdapat 13 peruntukan dalam Perlembagaan iaitu perkataan parent atau parents telah digunakan dan perkataan itu mesti dibezakan.

“Parlimen berhati-berhati menggunakan perkataan parent dalam bentuk singular atau parents dalam bentuk jamak dalam Perlembagaan. Perlembagaan itu diluluskan oleh Parlimen dan mengulangi kata-kata (bekas Ketua Hakim Negara) Allahyarham Tun Abdul Hamid Omar, mahkamah bukanlah Parlimen,” katanya.

Beliau seterusnya menegaskan perbezaan antara perkataan parent dan parents tidak dibincangkan dalam kes Indira Gandhi pada 2018.

"Di bawah pengasingan kuasa, hak untuk menggubal undang-undang terletak pada Parlimen. Dengan penghormatan tertinggi, mahkamah perlu mengambilnya seperti sedia ada,” katanya.

Pada 1 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Loh bagi mencabar tindakan bekas suaminya, M. Nagahswaran yang mendaftarkan tiga anak mereka sebagai Muslim tanpa kebenarannya.

Ketiga-tiga anaknya, yang ketika itu berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, diserahkan kepada Loh pada 21 Feb tahun lalu selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki