web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelantikan 28 Panel Pakar Beri Nilai Tambah Pada Inisiatif Dan Ikhtiar KPKT

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 4:44PM

Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata KPKT memerlukan pandangan serta pengalaman mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pelantikan seramai 28 panel pakar (POE) akan memberikan nilai tambah kepada ikhtiar dan inisiatif yang akan dilakukan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata hal ini kerana KPKT memerlukan pandangan serta pengalaman mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Justeru, beliau berkata pelantikan POE tidak seharusnya menimbulkan isu kerana ia bukanlah suatu perkara yang luar biasa.

"...kalau sebelum ini POE hanya tertumpu kepada masalah perumahan, tetapi kali ini memang tertumpu kepada tujuh dasar keutamaan KPKT ketika ini,” katanya pada pemberita selepas merasmikan Program SWM Kasih Back To School, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelantikan 28 POE, baru-baru ini.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata POE juga memberikan komitmen mereka tanpa bayaran.

“Sebenarnya dari segi komitmen pun tiada bayaran, dia (POE) hanyalah untuk kita dengar pandangan dan juga pengalaman mereka lalui, sebab ada antara mereka adalah bekas korporat, bekas pegawai kerajaan, bomba dan juga pengurusan bandar pintar,” katanya.

Menteri KPKT Nga Kor Ming baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata 28 POE yang dilantik adalah bagi membantu KPKT dalam memantapkan penyampaian berkualiti kepada rakyat.

Menurut Nga, input serta cadangan yang dikemuka oleh panel pakar itu akan diketengah dan diteliti kementerian sebelum dibawa ke pertimbangan pihak berkepentingan bagi memastikan setiap isu berkaitan dapat diselesaikan secara strategik dan teratur.

Antara pakar yang terlibat adalah daripada institusi seperti Khazanah Research Institute, House Buyers Association (HBA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Bar Council, Persatuan Arkitek Malaysia, Bursa Malaysia Berhad, Association of Bank Malaysia, ahli akademik universiti dan lain-lain. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Cadangan Pilihan Raya PBT Akan Dibincang Bersama KPKT - Dr Zaliha

2

Semasa 9 bulan yang lalu

KPKT Beri Tempoh 2 Tahun Kepada Pengusaha Perkhemahan Patuhi Garis Panduan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

KPKT Sasar Siapkan 20 Projek Terbengkalai Tahun Depan

4

Semasa 11 bulan yang lalu

KPKT Terus Gempur Bilik Sewa 'Sarang Burung'

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad