web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerusi Muhyiddin, Hamzah, Hadi Kosong Sewaktu Sesi PMQ?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Mar 2023 3:11PM

Sesi PMQ Perdana Menteri yang diperkenalkan dalam persidangan Dewan Rakyat ketika ini memperuntukkan 30 minit setiap Selasa untuk Ahli Parlimen mengemukakan sebarang soalan kepada Anwar Ibrahim - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiga pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) sekali lagi tidak kelihatan di Dewan Rakyat sewaktu Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ), pagi tadi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ketiadaan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyebabkan pembangkang gagal memanfaatkan sesi tersebut untuk berdebat serta bertanya soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut berkongsi gambar tempat duduk ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu yang kelihatan kosong di Twitter miliknya.

“Ketua Pembangkang (Yang Berhormat Larut), Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat marang sekali lagi tidak muncul dan tidak bertanya soalan bagi PMQ.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hadir,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ketika Kongres Nasional Khas PKR pada 18 Mac lalu, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyindir tiga pemimpin tersebut kerana sikap pengecut mereka untuk berdepan Perdana Menteri di Parlimen.

Ini berbeza dengan tindakan mereka ketika di luar Parlimen yang lantang mengkritik Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan diterajuinya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sesi PMQ Perdana Menteri yang diperkenalkan dalam persidangan Dewan Rakyat ketika ini yang memperuntukkan 30 minit setiap Selasa untuk Ahli Parlimen mengemukakan sebarang soalan kepada Anwar.

“Parlimen adalah tempat untuk semak dan imbang serta memantau dasar kerajaan, melalui perbahasan.

“Perdana Menteri berdiri di tempatnya selama 30 minit menjawab sebarang soalan. Saya perhatikan, dalam beberapa minggu sejak (PMQ diperkenalkan), Ketua Pembangkang tidak muncul, Pagoh (Muhyiddin) tidak kelihatan, malah bayang Marang (Hadi) pun kita tidak nampak.

“Di luar, kamu berlagak seperti pahlawan mempertahankan bangsa dan agama. Tetapi apabila bercakap tentang perbahasan di Parlimen, kamu takut untuk berdepan dan berlawan seperti lelaki sejati,” katanya.

Dalam pada itu, ciapan Fahmi turut menarik perhatian netizan yang mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar memperkenalkan undang-undang baru dengan mengambil kira kehadiran Ahli Parlimen sebagai syarat utama untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya cadangkan SPR buat undang-undang baru. Kehadiran 75 peratus ke atas baru boleh bertanding pada PRU yang akan datang,” kata Joker.

Seorang lagi pengguna Twitter, Zaid turut mencadangkan agar senarai ketidakhadiran Ahli Parlimen dipaparkan kepada umum termasuk disiarkan dalam berita di televisyen.

“Setuju. Elok juga kalau dibuat suatu aplikasi untuk pantau kehadiran Ahli Parlimen berdasarkan sesi pagi/petang. Siapa yang tak dapat hadir kena nyatakan sebab ketidakhadiran dalam aplikasi tersebut. Rakyat perlu tahu mana Ahli Parlimen mereka pergi. Elaun mereka dibayar guna duit rakyat,” kata Alif. – Getaran, 28 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula