web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Doktor Kontrak Dakwa Diugut Pakar Perubatan, ‘Silalah Cuba, Kami Akan…’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 7:02AM

Mogok Doktor Malaysia turut meminta doktor kontrak yang menerima ugutan sedemikian menghantar nama mereka berserta bukti tangkap layar mesej diterima untuk tindakan susulan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mogok Doktor Malaysia mendakwa terdapat doktor kanan cuba mengugut doktor kontrak untuk tidak menyertai mogok selama tiga hari bermula hari ini.

Susulan itu, kumpulan terbabit menerusi hantaran terbaharu di Instagram mengingatkan kepada mana-mana pihak termasuk pakar perubatan untuk tidak menekan petugas kesihatan yang akan terlibat dalam mogok berkenaan.

“Cuba cabar kesahihan sijil perubatan di mahkamah, silalah cuba pakar ‘dinosaur’ di zaman saya.

“Kami akan membuat laporan polis beramai-ramai terhadap anda terlebih dahulu, pengarah, perunding dan doktor pakar yang dihormati. Dengarkan di sini,” katanya.

Kumpulan terbabit turut meminta doktor kontrak yang menerima ugutan sedemikian menghantar nama mereka berserta bukti tangkap layar mesej diterima untuk tindakan susulan.

“Kami akan memastikan pakar perubatan yang terlibat dalam ugutan dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Tangkapan layar Instagram Mogok Doktor Malaysia
Tangkapan layar Instagram Mogok Doktor Malaysia

Malah dalam hantaran sama, kumpulan itu turut memuat naik gambar tangkap layar kiriman mesej didakwa dihantar seorang doktor pakar kepada doktor kontrak yang melarangnya mengambil cuti sakit (MC) atau cuti kecemasan (EL).

Dalam mesej itu lagi, pakar perubatan itu menegaskan tindakan akan diambil oleh ketua bahagian jika doktor kontrak ingkar arahan tersebut.

Semalam, kumpulan terbabit memaklumkan tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula hari ini meskipun dilarang oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, semua doktor kontrak yang menyokong gerakan itu diarahkan supaya mengambil MC atau EL sepanjang tempoh berkenaan.

Malah katanya, mereka tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan beramai-ramai atau berdemonstrasi.

“Bagi menyokong gerakan kami, ubah gambar profil kepada hitam atau monokrom (kelabu).

“Bukan doktor kontrak pula, sila datang kerja dengan memakai pakaian hitam. Ambil MC atau EL pada 3 hingga 5 Mac ini,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, kumpulan tersebut turut menasihati orang ramai supaya tidak datang ke fasiliti kerajaan, sebaliknya menyarankan mereka mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta.

Sebelum ini, kumpulan terbabit mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok tersebut.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada kerajaan, KKM dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada 21 Februari lalu, mereka menuntut semua pegawai perubatan kontrak diserapkan ke jawatan tetap, tanpa sebarang syarat atau temu duga, selain meningkatkan gaji asas serta kadar oncall pakar perubatan dengan pegawai perubatan.

Pada masa sama, kumpulan terbabit juga meminta pihak berkaitan mengatasi masalah kekurangan pakar perubatan, pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah dengan segera.

“Turut dituntut supaya mengurangkan khidmat wajib seseorang pegawai perubatan kepada tiga tahun secara automatik tanpa permohonan.

“Selain itu, mengurangkan waktu bekerja dan oncall untuk pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah. Oncall tidak boleh melebihi enam kali sebulan, waktu bekerja tidak melebihi 60 jam seminggu.

“Pihak berkenaan juga diminta meluluskan penempatan semula ke wilayah asal selepas dua tahun berkhidmat di Sabah, Sarawak, Labuan tanpa sebarang syarat,” katanya. – Getaran, 3 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi