web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKD, BNM Terus Kerjasama Bendung Kes Penipuan Sektor Kewangan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited untuk terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membendung kes penipuan dalam sektor kewangan.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata komitmen itu diperkukuh melalui pertemuan beliau bersama Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus semalam.

“Kami komited untuk bekerjasama membendung kes penipuan dalam sektor kewangan. Insya-Allah kerjasama ini akan diteruskan ke arah landskap digital yang lebih selamat,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Fahmi berkata dalam pertemuan itu, mereka turut berbincang mengenai soal unjuran ekonomi terutamanya dalam bidang digital.

Sebelum ini, BNM dilapor berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta industri kewangan dalam menyelaraskan usaha membanteras pemalsuan serta penipuan kewangan dan mewujudkan kesedaran orang ramai yang lebih meluas tentang taktik penipuan terbaharu.

Sementara itu, dalam catatan berasingan Fahmi berkata beliau turut mengadakan perbincangan dengan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) mengenai kesedaran penipuan dalam talian.

Beliau berkata jenayah penipuan dalam talian antara isu yang menjadi fokus utama beliau dalam usaha membasmi kegiatan jenayah siber itu sejak dilantik menerajui KKD pada Disember tahun lepas.

Dalam usaha menangani kes penipuan dalam talian, Fahmi berkata mereka turut berbincang mengenai potensi kerjasama antara AIBIM dan agensi di bawah KKD berkaitan dengan bidang tersebut.

Antara kes penipuan dalam talian yang sering dilaporkan media ialah e-dagang atau pembelian secara dalam talian, kes pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam dan Love Scam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Refleksi 3 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan