web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbaiki Sesi PMQ, Wajibkan Ketua Pembangkang Diberi Slot Soal PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 5:40PM

Menurut Wan Saiful Wan Jan, semasa slot PMQ setiap Selasa, hanya Ahli Parlimen disebut Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa kerajaan agar memperbaiki sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) dengan mewajibkan Ketua Pembangkang diberi slot dalam sesi tersebut seperti dilakukan Parlimen United Kingdom (UK).

Menurut beliau, semasa slot PMQ setiap Selasa, hanya Ahli Parlimen disebut Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh bertanyakan soalan.

Malah katanya, hanya satu soalan tambahan dibenarkan daripada penyoal asal, manakala satu soalan tambahan daripada satu pihak lagi.

“Amat jarang bilangan penyoal ditambah. Maksudnya, kalau giliran saya tanya soalan asal, hanya saya saja dari sebelah Perikatan Nasional (PN) boleh tanya satu soalan tambahan, dan hanya seorang lagi dari kerajaan boleh tanya satu soalan selepas soalan saya. Ahli Parlimen lain tak boleh.

“Alangkah baiknya kalau sesi ini diperbaiki supaya jadi seperti PMQ Westminster yang mana Ketua Pembangkang wajib diberi slot untuk menyoal PM? Jadi janganlah beri gambaran seolah-olah dalam slot PMQ, Ketua Pembangkang atau ketua parti boleh turut serta dalam tanya soalan.

“Tak boleh pun sebenarnya. Jangan spin ke arah persepsi yang salah. Rakan saya YB (Yang Berhormat) Fahmi Fadzil cuba memberi gambaran silap mengenai sesi soal jawab di Dewan Rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Wan Saiful yang juga mantan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi perhatian terhadap kualiti jawapan kepada soalan ditanya.

“Kalau kualiti jawapan Perdana Menteri rendah, maka minat orang nak mendengar pun pasti rendah,” katanya.

Terdahulu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menzahirkan kekecewaan beliau apabila tiga pemimpin tertinggi PN, gagal memanfaatkan sesi PMQ di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Katanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) tidak kelihatan sepanjang sesi tersebut berlangsung.

“Pagi ini Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan mengenai hasil lawatan rasmi ke China, isu vape dan isu doktor kontrak.

“YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof hadir sekali.

“Malangnya, sekali lagi Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang tidak hadir serta tidak menanyakan soalan.

“Waktu Pertanyaan Perdana Menteri diadakan setiap Selasa. Ini peluang terbaik Pembangkang bangkitkan soalan, berdepan dan bersemuka dengan Perdana Menteri,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Selain itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendakwa ketiga-tiga pemimpin itu sudah hilang tujuh kali berturut-turut dalam sesi tersebut.

“Di United Kingdom, sesi PMQT adalah medan Perdana Menteri bertemu pembangkang. Di Malaysia, Ketua Pembangkang hilang buat kali ketujuh berturut-turut,” katanya.

Sesi PMQ dilaksanakan pada setiap Selasa selama sejam bermula 14 Februari lalu dan antara pembaharuan dilaksanakan Kerajaan Perpaduan. – Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki