web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Guna Akaun Palsu Untuk Menghendap Boleh Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Apr 2023 9:39PM

Ramkarpal Singh - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mana-mana individu yang menggunakan akaun palsu untuk melakukan perbuatan menghendap boleh dikenakan tindakan sekiranya identiti mereka dapat dikesan melalui sistem Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Tindakan itu susulan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dengan seksyen baharu 507A dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi kesalahan menghendap.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata siasatan tetap akan diteruskan walaupun hanya menggunakan akaun palsu.

“Dalam hal ini, MCMC perlu mengambil langkah proaktif untuk mengesan siapakah di belakang akaun palsu yang diwujudkan itu,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan di Dewan Negara di sini hari ini, dengan perbahasan sebelum itu turut disertai oleh enam Senator.

Ramkarpal berkata isu menghendap bukan lagi satu isu yang baharu memandangkan banyak negara telah memperkenalkan undang-undang berkenaan bagi tujuan menangani masalah itu yang semakin membimbangkan.

“Perbuatan menghendap hari ini bukan sahaja melibatkan perbuatan fizikal semata-mata seperti dahulu, tetapi turut dilakukan menggunakan media sosial serta menggunakan alat pengesan seperti alat sistem pengesanan global dan juga dron,” katanya.

Menurut Ramkarpal, elemen yang perlu dibuktikan berlakunya perbuatan menghendap mengikut Seksyen 507A ini, perbuatan itu haruslah berulang sekurang-kurangnya dua kali diikuti terdapat gangguan dan mangsa berada dalam keadaan stres atau ketakutan.

Selain itu, Ramkarpal berkata sekiranya siasatan menunjukkan penghendap melakukan hendapan atas arahan orang lain, orang itu juga boleh dituduh di bawah Seksyen 34.

“ … dalam setiap kesalahan prinsip, jika ada dalang di sebaliknya, dia boleh didakwa dengan niat bersama melakukan kesalahan utama itu,” katanya.

Turut diluluskan ialah Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 melibatkan peruntukan perlindungan kepada mangsa berhubung perlakuan menghendap.

Terdahulu ketika membentangkan RUU itu, Ramkarpal berkata antara pindaannya melibatkan Fasal Satu iaitu memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta berkenaan.

“Kedua memasukkan bab dan peruntukan baharu ke dalam Akta 593 untuk memberi mahkamah kuasa atas permohonan, untuk mengeluarkan satu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat atau dituduh di bawah 507A Kanun Keseksaan.

“Seterusnya Fasal Tiga yang memperuntukkan hukuman kepada mana-mana pihak yang ingkar arahan perlindungan iaitu pemenjaraan hingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Persidangan bersambung Isnin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Individu Jual, Bekal Ubat Terkawal Boleh Dipenjara 5 Tahun - KKM

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah Lelaki Didakwa Hendap Jurugambar Wanita

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Apa Masalahnya Ni Bang...

4

Semasa 9 bulan yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki