web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Jual, Bekal Ubat Terkawal Boleh Dipenjara 5 Tahun - KKM

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jan 2024 9:07AM

Jenis ubat ubat terapi anti retroviral HAART yang mahu dijual semula oleh seorang individu menerusi aplikasi X baru-baru ini - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang disabitkan dengan kesalahan menjual atau membekal ubatan terkawal di bawah Akta Racun 1952 berdepan hukuman denda sehingga RM50,000.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, mereka juga boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut beliau, perbuatan menawarkan dan cubaan untuk menjual ubat tersebut juga adalah satu kesalahan di bawah akta yang sama.

“Semua iklan ubat dan iklan perkhidmatan kesihatan bagi tujuan merawat, mencegah atau mendiagnos penyakit pula adalah dikawal di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. 

“Kementerian mengambil maklum berkenaan satu aduan tular di X berhubung penjualan ubat terkawal iaitu ubat terapi anti retroviral (Highly Active Antiretroviral Therapy - HAART),” katanya.

Tegas jurucakap itu, siasatan terperinci telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kedah.

“Pemeriksaan telah dijalankan di premis individu terbabit dan mendapati ubat-ubat yang dilklankan adalah dibekalkan bagi tujuan rawatan beliau.

“Beliau telah diberi amaran untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama dan pemantauan berterusan akan dijalankan oleh Klinik Kesihatan (KK). Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya kesalahan ini berulang,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, ubat terapi anti retroviral HAART termasuk dalam kategori ubat yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

Katanya, ubat jenis itu hanya boleh dibekalkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau ahli farmasi berdaftar dengan preskripsi daripada pengamal perubatan berdaftar bagi tujuan rawatan perubatan. 

“Pengambilan ubat-ubatan ini tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan seseorang pengguna terdedah kepada risiko kemudaratan yang serius.

“Mana-mana pihak yang ingin menyiarkan iklan menjual atau membekal ubat berkenaan wajib memohon dan mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU), KKM terlebih dahulu sebelum disiarkan,” katanya.

Beliau memberi amaran, penyiaran iklan tanpa kelulusan LIU adalah satu kesalahan dan pelaku boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara selama setahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, jika disabitkan dengan pertuduhan tersebut.

“Orang ramai digesa untuk mendapatkan ubat daripada sumber yang sah dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana iklan atau testimoni di laman sesawang atau media sosial dengan tuntutan perubatan yang tidak munasabah. 

“Orang awam boleh menyemak status pendaftaran ubat atau notifikasi kosmetik sebelum membuat sebarang pembelian melalui laman sesawang https://www.npra.gov.my di ruangan Product Status atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-7883 5400 atau memuat turun aplikasi NPRA Product Status secara percuma melalui Play Store, App Store dan Huawei App Gallery,” katanya.

Tambah jurucakap berkenaan, orang ramai dan media digalakkan melaporkan serta menyalurkan maklumat berkenaan mana-mana ubat atau kosmetik yang meragukan bagi membanteras penggunaan dan penjualan ubat atau kosmetik yang tidak dibenarkan, demi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam.

“Maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi, KKM melalui laman sesawang https://www.pharmacy.gov.my atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat https://moh.spab.gov.my.

“Aduan juga boleh disalurkan di mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya. - Getaran, 31 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi