web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 9:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 menjadi tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini, yang juga hari terakhir bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Penggulungan itu dijadual dibuat Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa usai sesi soal jawab sebelum akan diputuskan ahli Dewan Rakyat untuk kelulusan setelah rang undang-undang itu dibahas oleh 26 Ahli Parlimen, semalam.

Rang undang-undang itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).

Sementara itu, isu bencana banjir dan impak pengecualian visa kepada pelancong China dan India dibangkitkan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus sidang Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi.

Menurut aturan urusan mesyuarat disiarkan di laman sesawang Parlimen, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) bertanyakan Perdana Menteri berhubung langkah diambil kerajaan bagi memastikan kebajikan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS). 

Lim Guan Eng (PH-Bagan) pula meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan impak positif pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India terhadap objektif mencapai sasaran 25 juta pelancong luar negeri dan nilai hasilnya.

Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober lepas.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 2 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 3 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000