web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah Lelaki Didakwa Hendap Jurugambar Wanita

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 5:47PM

Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menetapkan 17 Januari 2024 sebagai tarikh bicara bagi kes menghendap seorang jurugambar wanita dengan menghantar gangguan berulang melalui tiga komunikasi di akaun Twitter, Julai lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menolak pengakuan bersalah seorang perunding pengurusan acara sambilan atas pertuduhan menghendap seorang jurugambar wanita dengan menghantar gangguan berulang melalui tiga komunikasi akaun Twitter.

Majistret Sasha Diana Sabtu memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan pendakwaan terhadap pengakuan bersalah Mohamad Safiq Rosli, 37, yang dibuat sebelum ini. 

Sasha Diana berkata, mahkamah menolak pengakuan itu atas alasan terdapat isu berhubung ketidakwarasan yang dibangkitkan pihak pendakwaan.

"Pengakuan (bersalah) tertuduh tidak boleh diterima. Saya anggap ia minta bicara,” katanya. 

Sasha Diana menetapkan 17 Januari tahun depan bagi perbicaraan kes itu. Tiga saksi pendakwaan akan memberi keterangan, termasuk mangsa Acacia Mardiana Daud, 31, yang dijangka memberi keterangan melalui sidang video.  

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas memohon untuk meneruskan kes itu dengan perbicaraan, walaupun tertuduh telah mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan yang disifatkannya bersyarat. 

Katanya, laporan psikiatri membuktikan tertuduh tidak waras ketika melakukan kesalahan itu, namun ia tidak mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan. 

Seksyen itu menyatakan tidak menjadi kesalahan apa jua yang dilakukan oleh seseorang pada masa melakukannya, akalnya tidak sempurna dan tidak berupaya mengetahui keadaan perbuatan itu atau apa yang dilakukannya sama ada salah atau bertentangan dengan undang-undang.

“Tertuduh perlu memenuhi faktor kewarasan mengikut undang-undang dan kewarasan dalam laporan perubatan untuk digunakan dalam pengakuan bersalah. Laporan perubatan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak hanya pemeriksaan kesihatan mengenai kewarasan, pemeriksaan kewarasan ikut undang-undang tidak terjawab. 

“Satu-satunya cara untuk membuktikan kewarasan ikut undang-undang adalah dengan melalui perbicaraan penuh,” katanya.

Peguam Fithril Hakim Ab Jalil yang mewakili tertuduh berhujah keadilan tidak dapat ditegakkan jika anak guam dikekalkan dalam penjara berikutan keadaan mentalnya. 

“Pihak pendakwaan tahu mengenai keadaan mental tertuduh ketika menyatakan kes ini perlu dibawa untuk perbicaraan. Anak guam akan terus berada dalam penjara dan tiada keadilan untuknya jika kekal di situ,” katanya. 

Mohamad Safiq yang juga individu pertama didakwa atas kesalahan itu mengikut Seksyen 507A(1) Kanun Keseksaan, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan berkenaan ketika sebutan kesnya pada 15 Disember lalu.

Pada 10 Ogos dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengganggu Acacia Mardiana melalui aplikasi Twitter atas nama akaun "@sopert99" dengan menghantar komunikasi berbentuk luahan perasaannya di akaun Twitter milik mangsa '@ShaFoShizzle' yang telah dibaca di sebuah rumah di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.40 pagi 15 Julai dan 5.58 petang 21 Julai lalu sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 507A(3) yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang