web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TMJ Kongsi Terserempak Buaya Ketika Berenang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Apr 2023 5:50PM

Tangkap layar dari video yang dikongsi Tunku Ismail menunjukkan buaya sedang menyusuri laut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkongsian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memaklumkan terlihat buaya sedang menyusuri laut ketika baginda berenang di kawasan itu, mengejutkan orang ramai.

Menerusi rakaman video mengenai kejadian itu yang dimuat naik di Instagram tengah malam tadi, TMJ bertitah, baginda berada di situ selama sejam sebelum melihat kelibat buaya terbabit.

“Pergi berenang di hadapan rumah.

“Satu jam kemudian ada sahabat turut berenang,” tulisnya melalui keterangan video itu.

Hantaran itu turut disertakan dengan gambar TMJ bersama tiga anaknya sedang mandi di laut.

Menerusi video berdurasi 56 saat itu, jelas kelihatan buaya terbabit sedang menyusuri laut.

Rata-rata netizen melahirkan kesyukuran kerana TMJ menyedari kehadiran buaya itu dan baginda serta keluarganya terselamat daripada ancaman haiwan terbabit.

“Ya Allah syukur, sentiasa dalam lindungannya TMJ dan keluarga,” kata Saidil.

Ada pula segelintir netizen meminta TMJ dan masyarakat semoga lebih berhati-hati pada masa depan.

“Hati-hati TMJ semoga dipermudahkan segala urusan Aamin..,” tulis Ismail.

“Tak selamat dah laut juga, lebih berhati-hati kepada semua,” ujar Nc.

Ada juga netizen meminta agar buaya itu ditangkap segera bagi menjamin keselamatan TMJ sekeluarga dan pengunjung lain di pantai berkenaan.

“Ya Allah, kerahkan tangkap Tuanku. Lepaskan di tempat yang bersesuaian. Semoga Tuanku dan kami semua dalam peliharaan Allah sentiasa,” kata Areena.

“Mohon tangkap hantar zoo, semoga Allah sentiasa lindungi Tuanku dan keluarga,” cadang Faaeynamien.

“Terlalu banyak sangat dah binatang ni, terutama di Port Dickson, Melaka turun ke selatan. Banyak kat kawasan peranginan pula tu. Patut kena tangkap dah semua ini,” respon pengguna lain.

Penampakan buaya di beberapa kawasan laut di negara ini bukan isu baharu apabila pada akhir tahun lalu, kelibat haiwan terbabit yang didakwa timbul di permukaan air di beberapa kawasan perairan negara, termasuk di lokasi percutian Port Dickson dan Pantai Klebang menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.  

Mereka melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan pengunjung, terutama kanak-kanak yang gemar bermain air dan mandi di pantai.

Awal tahun ini, media melaporkan isu sama namun ia kembali reda tidak lama kemudian.  

Bagaimanapun, perkongsian terbaru seorang pengguna Twitter dikenali @jaksrmd yang jelas memaparkan video seekor buaya di permukaan air, kembali membangkitkan kerisauan awam.

“Pesan anak-anak jangan mandi di pantai, terutama pantai Klebang dan PD (Port Dickson). Buaya beranak pinak di situ,” menurut keterangan video berkenaan.

Malah, perkongsian itu menerima pelbagai maklum balas daripada warga maya yang turut berkongsi pengalaman sama, selain memuat naik video dan gambar ‘kewujudan’ buaya di beberapa kawasan perairan. - Getaran, 9 April 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Pemandu OKU Diserang Mahukan Keadilan, Kata Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pihak Berkuasa Digesa Siasat, Tindakan Menyalahi Undang-Undang Tidak Dibenarkan - Tunku Ismail

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Ku Sangkakan Kayu Hanyut, Rupanya Buaya!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'