web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu OKU Diserang Mahukan Keadilan, Kata Peguam

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2024 8:15PM

(Dari kiri) Peguam N Surendran, Zaid Malek, Latheefa Koya dan mangsa Ong Ing Keong. - Gambar The Malaysian Insight

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemandu e-hailing orang kelainan upaya (OKU) yang diserang oleh anggota keselamatan Isnin lalu mahukan keadilan dan menolak sebarang pampasan, kata peguamnya.

Seorang daripada peguam berkenaan, Latheefa Koya memberitahu sidang akhbar hari ini, tiada sesiapa yang ditahan berhubung kejadian itu.

Ini selepas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bahawa Bukit Aman akan memanggil semua pegawai yang terlibat dalam kes itu bagi memastikan siasatan menyeluruh dijalankan.

Razarudin berkata, Bukit Aman akan mengambil keterangan kesemua yang terlibat dalam siasatan awal. 

Awal hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan berhubung dakwaan serangan tersebut masih dijalankan walaupun laporan awal berkata kes itu ‘selesai’, selepas mangsa didakwa menerima RM800 daripada wakil penyerang.

Latheefa berkata, mangsa tidak bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Polis menghubunginya esok untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

“Kami akan menemaninya esok. Kami mahu polis meneruskan siasatan (tunggu untuk membuat kesimpulan) sebelum melihat sebarang pilihan undang-undang,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Latheefa berkata peguam N Surendran dan Pengarah Lawyers for Liberty Zaid Malek akan mewakili mangsa, Ong Ing Keong.

Pada Rabu, polis mengesahkan kes membabitkan pengawal peribadi Tunku Ismail, yang didakwa menyerang seorang lelaki OKU di sebuah hotel, telah diselesaikan secara baik.

Polis Kuala Lumpur berkata, ia dilakukan selepas pihaknya menerima satu lagi laporan daripada pengadu lewat semalam yang  menyatakan, perkara itu telah diselesaikan secara baik, dan mangsa tidak mahu memanjangkan kes.

Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Orang Pekak Malaysia (DAWN) dalam satu kenyataan semalam berkata, amat membimbangkan mangsa didakwa didesak untuk menyelesaikan kes itu dengan bayaran RM800.

DAWN juga mendakwa pemandu OKU itu diberi dua pilihan, sama ada meneruskan kes ke mahkamah atau menggugurkan kes itu dan diberi pampasan.

Menurut DAWN, mangsa dimaklumkan jika memilih pilihan pertama, telefonnya akan dirampas. 

“Di bawah tekanan, mangsa menggugurkan kes dan bersetuju untuk diberi pampasan,” dakwanya.

“Atas alasan apakah telefon bimbit mangsa disimpan untuk siasatan polis?” soal DAWN.

Mangsa membuat laporan polis selepas mendakwa beliau diserang di pintu masuk hotel ketika konvoi VIP sedang beredar. – The Malaysian Insight, 31 Mei 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah