web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perak Ikut Arahan MKN, Tutup Premis Dalam HIDE 3 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 May 2021 8:43PM

Nolee Ashilin Mohamed Radzi - Gambar dari Facebook Komunikasi Strategik Perak - Official

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan mengikut arahan diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mengarahkan tiga premis disenaraikan dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) ditutup selama tiga hari.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pemantauan terhadap arahan itu akan dijalankan selepas penutupannya dilaksanakan serta merta.

Menurut beliau, pemantauan itu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Orang ramai dinasihatkan untuk mempertingkatkan langkah berjaga-jaga dengan mematuhi prosedur operasi standard SOP) dikenakan.

“Kepada kumpulan berisiko tinggi sekiranya tiada keperluan mendesak, lebih baik untuk tidak keluar dan jaga keselamatan diri,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Sebanyak tiga premis dan lokasi di negeri disenaraikan dalam sistem HIDE iaitu ANW Ipoh Parade; Dewan Serbaguna Kampung Balun, Slim River dan Mydin Parit Buntar. - Getaran, 8 Mei 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka