web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Ceroboh Kem Tentera Maut Ditembak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 1:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GERIK - Seorang lelaki maut ditembak selepas cuba menceroboh kawasan Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan di sini dengan bersenjatakan sebilah parang.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, suspek yang berusia 35 tahun terlebih dahulu memanjat pagar pintu hadapan kem berkenaan, sebelum diberikan amaran oleh anggota yang berada di pos kawalan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek dipercayai bertindak agresif dengan menyerang anggota yang berada di pos kawalan menggunakan parang dibawanya.

Katanya, anggota terbabit terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek selepas berlaku pergelutan antara mereka, dan memaklumkan insiden tersebut kepada polis.

“Suspek kemudian dihantar ke Hospital Gerik dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah bekas anggota tentera namun telah ditamatkan perkhidmatan pada 2013 kerana mempunyai masalah kesihatan mental,” katanya hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, laporan bedah siasat masih dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan polis turut merampas barang berkaitan kes.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kawalan Larangan dan Tempat Larangan 1959, manakala kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang