web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jualan Khas Syawal Madani Catat Jualan RM4.5 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 7:07AM

Mohamad Sabu berkata nilai tersebut adalah hasil penglibatan 1,462 usahawan di 38 lokasi bagi outlet pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh negara - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Jualan Khas Syawal Madani yang bermula Sabtu lepas berjaya mencatatkan RM4.5 juta nilai jualan, menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata nilai tersebut adalah hasil penglibatan 1,462 usahawan di 38 lokasi bagi outlet pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh negara.

“Melihat kepada perkembangan positif yang dicatat hanya dalam tempoh tiga hari ini, kita akan teruskan program sebegini pada perayaan utama lain seperti Aidiladha, Deepavali dan Krismas. 

“Pada masa sama, sasaran untuk mencapai RM13 juta nilai jualan juga mampu direalisasikan dalam tempoh dua hari lagi (menjelang Syawal),” katanya kepada media pada Program Jelajah Ramadan Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan bersama usahawan Melaka di Padang Sebang di sini semalam. 

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari dan Pemangku Ketua Pengarah FAMA Rashid Bahri. 

Beliau berkata secara keseluruhan FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM13 juta yang melibatkan 113 outlet pemasaran.

Mohamad menjelaskan pihaknya juga merancang untuk meneruskan dengan program jualan terus dari ladang dan Jualan Agro Madani dengan menyasarkan 2,000 outlet selepas Syawal ini. 

Terdahulu pada majlis berkenaan, seramai 160 penerima terdiri daripada golongan asnaf dan kakitangan FAMA menerima sumbangan berupa kit makanan, di samping 40 orang anak yatim dan 20 ibu tunggal yang turut menerima sumbangan duit raya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tiada Kartel Atau Mafia Tentukan Harga Padi, Beras Dan Benih - KPKM

4

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki