web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dua Pertiga Rakyat Yakin Malaysia Kini Di Landasan Tepat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 6:35PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pertiga rakyat Malaysia yakin negara berada di laluan tepat sepanjang lima bulan terkini, iaitu sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada November tahun lalu.

Perkara itu terkandung dalam kajian dijalankan sebuah badan penyelidikan pasaran, Ipsos.

Kajian bertajuk ‘What Worries Malaysia’ (Apa Membimbangkan Malaysia) itu mendedahkan bahawa rakyat bimbang berhubung tiga perkara, iaitu korupsi kewangan dan politik, inflasi serta pengangguran dan pekerjaan.

Menerusi maklumat kajian itu yang dikongsikan di Facebook Ipsos, ia menunjukkan bahawa kebimbangan inflasi dalam kalangan rakyat negara ini, menurun daripada peratus tinggi dicatatkan pada Januari lalu.

Kebimbangan inflasi dalam kalangan rakyat Malaysia membabitkan 43 peratus responden ketika bulan itu, menurun kepada 36 peratus pada Mac lalu.

Menurutnya, sentimen perbelanjaan dalam kalangan rakyat juga kembali lebih baik, dengan mereka semakin selesa berbelanja enam bulan lalu, sama ada membabitkan barangan keperluan rumah atau perbelanjaan utama.

Bagi perbelanjaan barangan keperluan rumah, kajian itu menyaksikan 47 peratus responden selesa berbelanja pada Mac lalu, berbanding enam bulan sebelum ini, iaitu kurang 40 peratus responden, manakala angka paling tinggi direkodkan pada Januari, dengan 56 peratus responden dikenal pasti.

Manakala, bagi perbelanjaan utama, ia merekodkan 43 peratus responden pada bulan lalu, berbanding kurang 35 peratus responden pada enam bulan terdahulu, selain puncak peratusan tertinggi direkodkan dalam tempoh berkenaan adalah 49 peratus responden, iaitu pada Januari.

Berhubung kebimbangan rakyat mengenai pengangguran dan pekerjaan di negara ini, ia menunjukkan sedikit peningkatan, iaitu 43 peratus responden Januari lalu kepada 51 peratus responden, pada Mac.

Pengurus Penyelidikan Hal Ehwal Awam Ipsos, Iris Ng dan Pengarah Urusan Ipsos Malaysia, Arun Menon memaklumkan, suku pertama 2023 menyaksikan landskap ekonomi menyesuaikan semula keadaan dengan realiti pasca COVID-19 dan pasca pilihan raya.

“Seperti yang dilihat dalam pilihan raya negara di seluruh dunia, sentimen orang ramai memuncak selepas pertukaran kerajaan dan memasuki normal baharu. Selepas lima bulan dengan kerajaan baharu,” katanya.

Ipsos menjalankan kajian setiap bulan merangkumi pelbagai topik dibimbangi rakyat di seluruh dunia, membabitkan 32 negara, dengan Malaysia merangkumi 500 responden. – Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kajian Undang-Undang Berkaitan Isu 3R Dibentang Kepada Kabinet - Azalina

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kaji Hukuman Alternatif Gantikan Sebatan - Wan Junaidi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini