web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Seleweng Dana Negara: Mantan Menteri Kanan, Tan Sri Disiasat SPRM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 1:15PM

Sumber SPRM berkata, siasatan terbabit juga meliputi pemilikan aset berharga yang sudah dikenalpasti SPRM - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang mantan menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri, disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.

Menurut sumber, siasatan itu adalah kesinambungan dan tambahan daripada pendedahan dokumen sulit dibuat International Consortium of Investigative Journalist (ICIJ), berhubung transaksi disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Jelasnya, tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi mantan menteri terbabit. 

“Difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham itu dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan matawang ringgit pada hujung 1990-an. 

“Ia telah diseleweng untuk kepentingan individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” katanya hari ini. 

Sumber SPRM itu menegaskan, penyiasatan juga tertumpu kepada transaksi daripada hasil penjualan saham syarikat tersenarai berkenaan.

“Siasatan dilakukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya. 

Dalam pada itu, sumber SPRM berkata, siasatan terbabit juga meliputi pemilikan aset berharga yang sudah dikenalpasti SPRM, dengan dimiliki ahli perniagaan, mantan menteri serta ahli keluarga mereka, membabitkan anggaran nilai berbilion ringgit di dalam dan di luar negara.

“SPRM juga sudah merakam keterangan daripada kira-kira 14 saksi dalam tempoh beberapa minggu lalu berhubung penyiasatan kes penyelewengan dana negara.

“Perkara itu termasuk keterangan daripada tokoh perniagaan dan mantan menteri kanan tersebut berkaitan dengan dokumen sulit yang didedahkan oleh Pandora Papers,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan mengenai perkara tersebut.

“Siasatan tertumpu kepada Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 4 minggu yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000