web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Mati Ditetak Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 5:54PM

Kawasan lapang di mana mayat dijumpai oleh orang awam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Mayat lelaki dipercayai ditetak dengan lengan tangan kanan hampir putus ditemui di kawasan semak sebuah tapak pembinaan perumahan, di sini, malam tadi.

Difahamkan, mayat mangsa berusia 29 tahun yang tidak bekerja dan berasal dari Kampar itu ditemui orang awam pada jam 9 malam dalam keadaan lengkap berpakaian di kawasan semak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada pergaduhan di kawasan deretan kedai berhampiran.

Katanya, mangsa dipercayai sedang minum bersama tiga rakannya sebelum didatangi lapan lelaki menaiki dua kenderaan yang terus menyerang mereka menggunakan parang.

Ahmad Adnan berkata, serangan daripada kesemua suspek itu menyebabkan mangsa dan rakan-rakannya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum mangsa ditemui mati di lokasi berhampiran.

“Dua daripada rakan mangsa berusia 19 dan 25 tahun parah yang mana seorang darinya putus tiga jari tangan kiri dan sedang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan akibat tetakan dari suspek.

“Manakala seorang dari rakan mangsa berusia 32 tahun selamat selepas berjaya melarikan diri dan temu bual dengannya mendapati lima daripada lapan suspek yang menyerang mereka adalah orang dikenali.

“Suspek dipercayai menggunakan dua kenderaan yang mana salah satu darinya jenis Proton Iswara berwarna putih dan kejadian dipercayai berlaku lebih awal iaitu jam 6.45 petang,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, siasatan mendapati mangsa melarikan diri seorang diri ke dalam kawasan semak berhampiran tapak perumahan itu sebelum ditetak.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat kes itu untuk tampil menghubungi polis di talian 05-6299222 (ASP Hamzanni). - Getaran, 14 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi