web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Lemas Terjatuh Sungai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 3:46PM

Lokasi di mana kejadian berlaku.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut sebuah keluarga dua hari lalu berubah sekelip mata, apabila anak mereka lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Ulu Piah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 10.49 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, dalam perjalanan ke lokasi, pihaknya dimaklumkan mangsa yang juga seorang kanak-kanak lelaki sudah berjaya ditemui oleh orang awam.

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan ditemui satu kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba dan diserahkan kepada polis untuk dibawa ke jabatan forensik untuk bedah siasat.

“Anggota bomba yang tiba tidak menjalankan kerja-kerja menyelamat sebaliknya hanya membuat pemantauan di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, operasi kemudiannya ditamatkan jam 12 tengah hari sebaik pemantauan mendapati lokasi kejadian adalah selamat. - Getaran, 15 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah