web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cinta Tidak Berbalas, Seorang Lelaki Disyaki Bunuh Wanita Warga Emas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 7:15AM

Polis sebelum ini menerima maklumat seorang wanita ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah bilik di sebuah rumah di Jalan Pantai Teluk Kemang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun disyaki menyebabkan kematian seorang wanita warga emas, di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang pada 9 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata lelaki tersebut ditahan di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu pada 16 Mei, kira-kira 12.05 tengah malam.

Beliau berkata susulan itu, kertas siasatan 'mati mengejut' berkaitan wanita berusia 67 tahun itu telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit. Motif pembunuhan adalah disebabkan cinta tidak berbalas,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan dan telah mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan turut dituduh di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Aidi Sham berkata lelaki itu dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson esok.

Polis sebelum ini melaporkan menerima maklumat seorang wanita ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah bilik di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang di sini pada 9 Mei. Pembantu Perubatan dari Hospital Port Dickson mengesahkan kematian tersebut pada 1.30 petang dan mayat kemudiannya dibawa ke Hospital untuk dibedah siasat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka