web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jambatan Bagan Datuk Dibuka Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 1:24PM

Jambatan Bagan Datuk melibatkan laluan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop dibuka hari ini - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Jambatan Bagan Datuk melibatkan laluan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop dibuka hari ini. 

Acara simbolik pelancaran itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan pelepasan pasukan penunggang basikal dan motosikal berkuasa besar di jambatan tersebut jam 9.40 pagi tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid melancarkan laluan baharu bas henti-henti Bas Ekspres MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB) (Laluan Bagan Datuk) di pekarangan Masjid Tuminah Hamidi di sini.  

Sebelum ini dilaporkan, jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu yang menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk akan menjimatkan masa penduduk untuk ke pekan berdekatan iaitu mengambil masa hanya 15 minit berbanding sejam menggunakan laluan sebelum ini.

Jambatan menyeberangi Sungai Perak itu dilihat dapat membantu pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika berucap pada majlis ramah mesra sempena pelancaran laluan Jambatan Bagan Datuk di Kampung Sejagop berkata beliau akan mempersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk perkenan merasmikan jambatan itu.

Beliau turut mencadangkan jambatan itu dinamakan Jambatan Tuanku Sultan Nazrin Shah.

“Insya-Allah jambatan itu saya akan persembahkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak untuk perkenan bagi perasmiannya. Perasmian cara rasmi. Insya-Allah… saya akan mempersembah mencadangkan sempena dengan keputeraan baginda yang akan datang. 

“Saya ingin juga mencadangkan jangan pakai jambatan Bagan Datuk-Sejagop, pakai nama Jambatan Tuanku Sultan Nazrin, insya-Allah kerana ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri pertama kali, Tuanku minta supaya saya membantu pembangunan negeri Perak ini,” katanya.

Ahmad Zahid juga menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya yang telah memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan jambatan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pertubuhan Gesa Baiki Infrastruktur Daif Di Pedalaman Sarawak

3

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki