web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian Tragis Isteri Dalam Pantang Dorong Pindaan Undang-Undang Paterniti Sabah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 7:00AM

Syarikat berkenaan tidak melanggar SLO kerana cuti paterniti tujuh hari tidak terpakai di Sabah. - Gambar Facebook Exly Fridentsteward Jailon

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Sabah dijangka melaksanakan pindaan penting membabitkan undang-undang buruh berkaitan cuti paterniti, selepas seorang lelaki menemui isterinya yang baru melahirkan anak, meninggal dunia ketika dia pulang dari bekerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, undang-undang cuti paterniti selama tujuh hari kini hanya dikenakan di Semenanjung.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan Sabah sudah bersetuju agar Kementerian Sumber Manusia (KSM) meminda Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) (SLO) supaya pekerja di Sabah menikmati faedah sama.

“Pindaan ini akan diperhalusi melalui perbincangan antara kerajaan dan persatuan majikan serta pekerja di Sabah, dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk dari segi ekonomi serta realiti pembangunan di Sabah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mustapha menegaskan, KSM komited memperjuangkan hak pekerja selaras piawaian buruh antarabangsa digariskan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Kenyataan itu dibuat beliau susulan kisah tragis dikongsikan seorang lelaki tempatan mengenai kematian isterinya empat hari selepas melahirkan anak pertama mereka.

Menerusi perkongsiannya di Facebook pada bulan lalu, Exly Fridentsteward Jailon memaklumkan dia menemui isterinya yang sudah tidak bernyawa di rumah dengan bayi mereka di sebelahnya ketika dia pulang dari kerja.

Isterinya bersendirian dengan bayi terbabit pada masa itu.

Exly mendakwa, syarikat tempatnya bekerja mengarahkannya kembali bertugas selepas dua hari cuti paterniti.

Dia juga berkata, dia kini trauma dengan apa yang berlaku dan akibatnya, dia mengalami kebimbangan melampau.

‘Majikan beri bantuan, derma’

Mustapha berkata, walaupun beliau sedih dengan kejadian itu, syarikat berkenaan tidak melanggar SLO kerana cuti paterniti tujuh hari tidak terpakai di Sabah.

Katanya, menurut majikan, Exly diberi cuti bersalin dua hari dan dia dibenarkan memohon cuti tahunan sehingga semua urusan berkaitan selesai.

Enam hari selepas isteri Exly bersalin, dia pergi bekerja pagi itu dan memaklumkan kepada pengurusan syarikat bahawa isteri serta bayinya berada dalam keadaan sihat, justeru dia boleh mula bekerja seperti biasa.

Tetapi dia mendapati bahawa isterinya meninggal dunia selepas pulang dari kerja pada hari itu.

Mustapha berkata, menurut majikan, syarikat sudah memberi bantuan dan derma kepada Exly, termasuk bagi urusan hospital serta bersedia membantu lelaki itu dengan keperluan lain.

Beliau juga berkata, Jabatan Buruh sudah mendedahkan bahawa memang benar syarikat itu memotong 13 hari daripada gaji Exly untuk Mei, seperti dikongsikan secara meluas di media sosial.

Namun, Mustapha menegaskan, syarikat itu berbuat demikian kerana pekerja terbabit tidak memohon cuti dan tidak memaklumkan kepada syarikat bila dia menyambung kerja.

Syarikat itu berkata, Exly tidak berhak mendapat cuti tahunan kerana dia tidak bekerja lebih daripada 12 bulan untuk syarikat berkenaan, malah hanya mula berkhidmat di situ pada 2 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, atas nasihat jabatan, majikan menarik balik pemotongan gaji dan memberikan gaji penuh Mei kepadanya walaupun baru tiga hari bekerja pada bulan itu.

Mustapha berkata, Jabatan Tenaga Kerja tidak dapat memperoleh kenyataan penuh daripada pekerja itu kerana emosinya masih tidak stabil, terkejut dan trauma dengan pemergian isterinya.

“Jabatan Tenaga Kerja akan menunggu tarikh sesuai untuk bertemu dengan pekerja itu,” katanya sambil mengucapkan takziah.

Beliau turut meminta semua pihak mengelak daripada membuat spekulasi dan menyerahkan perkara itu kepada KSM untuk mengendalikannya mengikut undang-undang serta asas kemanusiaan.

‘Jabatan Buruh mesti bertindak segera, mendesak undang-undang yang berkaitan sekarang’

Sementara itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Sabah, Society for Equality, Respect And Trust for All (SERATA) berkata, walaupun pihaknya mengalu-alukan usaha jabatan berkenaan untuk menjadikan cuti paterniti boleh diakses, tiada perubahan berkesan sudah dibuat dalam situasi terbabit kerana pindaan undang-undang belum dilakukan.

Naib Presidennya, Robert Hii berkata, dengan hanya pengumuman KSM bahawa pindaan SLO mungkin akan dilaksanakan, syarikat itu masih tidak perlu mengambil tindakan menyediakan cuti paterniti dan jika disalah ertikan, mungkin akan mengakibatkan beberapa bentuk hukuman masih ada untuk pekerja.

“Keperluan cuti paterniti adalah sebagai menghormati hak ibu bapa untuk menjaga dan membantu dalam urusan penjagaan ketika tempoh paling kritikal bagi permulaan sebuah keluarga.

“Ia menjadi lebih bermakna bagi jabatan itu untuk mendesak undang-undang berkaitan bagi diwujudkan,” katanya.

Susulan kes Exly, SERATA sudah memulakan petisyen untuk pindaan kepada SLO bagi pekerja di Sabah menikmati tujuh hari cuti paterniti dan cuti bersalin lebih lama, sama seperti di Semenanjung.

Petisyen itu sudah ditandatangani lebih 1,557 orang setakat jam 9.32 malam tadi.

SERATA sudah memperjuangkan cuti paterniti lebih lama untuk dimasukkan ke dalam SLO bagi pekerja di Sabah sejak akhir tahun lalu. – The Vibes, 3 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pindaan Akta Kerja 1955: Pekerja Wanita Anggap ‘Hadiah’ Tahun Baharu, Kerajaan Prihatin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Parlimen Lulus Pindaan Akta Naikkan Cuti Paterniti Kepada 7 Hari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang