web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pindaan Akta Kerja 1955: Pekerja Wanita Anggap ‘Hadiah’ Tahun Baharu, Kerajaan Prihatin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 7:00AM

Perkara itu membabitkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam dan aturan kerja fleksibel. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan dibuat Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berhubung penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 mulai 1 Januari tahun depan, disambut baik rakyat kerana mempamerkan keprihatinan kerajaan kepada pekerja.

Menerusi keputusan diumumkan hari ini, perkara itu membabitkan cuti bersalin ditambah daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam dan aturan kerja fleksibel.

Antara paling menarik perhatian pastinya mengenai pertambahan 38 hari cuti bersalin yang disifatkan khabar gembira untuk wanita.

Malah, ia dianggap ‘hadiah’ dan penghargaan kepada mereka selepas bertarung nyawa melahirkan zuriat.

Tinjauan Getaran di media sosial mendapati, keputusan itu juga dianggap mampu membantu ibu yang baharu melahirkan untuk benar-benar bersedia, dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan kembali tugas.

“Alhamdulillah, Jangan ada yang bersalin setiap tahun pula, pening kepala bos,” ciap pengguna, TunCarlos666.

“Bestnya (seronoknya) cuti pantang 98 hari. Nak beranaklah,” ujar Harinumun.

“Syukur sangat-sangat. Kadang-kadang bersalin kena rehat banyak,” kata Fitrah menerusi Facebook

Bagaimanapun, ada segelintir melahirkan kebimbangan sekiranya keputusan itu membuatkan majikan enggan menggaji lebih ramai pekerja perempuan, memandangkan mereka dianggap akan bercuti lama sekiranya bersalin.

“Memang la bagus cuti 98 hari tu, tapi risau akan ada company (syarikat) yang susah nak hire (menggaji) perempuan sebabkan benda ni. (Apapun), seronoknya every ye (setiap tahun) cuti tiga bulan tak termasuk Annual Leave (Cuti Tahunan),” komen Lady.

“Makin majikan perlekehkan je lah mak orang minta kerja,” respon Fiza.

“Gila! Majikan mana nak gaji pekerja,” kata seorang pengguna.

Manakala, ada warga maya membuat jenaka mengenai perkara itu.

“98 hari haha, habislah siapa yang kerja dengan orang yang dapat cuti tu,” tulis Daus.

“Habislah geng bujang lama kena cover (ganti) kerja nanti,” kata Amirul.

“Genapkan jelah 100 hari, senang nak ingat,” komen Gula.

Sementara itu, segelintir netizen meminta supaya cuti paterniti ditambah bagi lebih memudahkan suami membantu urusan isteri selepas bersalin, tetapi ada pula meminta keputusan kerajaan itu dihargai.

“Paternity leave should be (cuti paterniti sepatutnya) dua minggu,” kata Guy.

“Macam mana lah paterniti tu 7 hari sahaja,” komen Amni.

“Paterniti leave 7 hari tak cukup sebenarnya, teman wife (isteri) tunggu nak masuk labor room (dewan bersalin) pun dah ambil masa, belum nak bersalin kena tahan wad lagi. Lepas tu dah keluar wad husband (suami) nak kena hantar ulang alik KK (Klinik Kesihatan) pula untuk checkup baby (pemeriksaan bayi). Paling kurang 2 week (minggu) lah,” menurut seorang pengguna.

“Yang asal most (kebanyakan) company paterniti 1 hari je, ini bila dah tetapkan 7 hari, minta lebih pula, kau ni tak pernah cukup dan bersyukur?,” soal Hafiz.

Semalam, Sivakumar memaklumkan, Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan tetap diteruskan mulai 1 Januari depan.

Katanya, penguatkuasaan akta itu harus diteruskan kerana undang-undang berkenaan sudah diluluskan Parlimen, selain memberikan jaminan kepada pekerja.

Pindaan Akta Kerja 1955 sepatutnya mula berkuat kuasa pada 1 September lalu, namun ditangguhkan ke 1 Januari depan, selepas pihak industri dan majikan memohon penangguhannya atas beberapa faktor.

Ia termasuk memerlukan sedikit masa berikutan kebanyakannya masih dalam proses pemulihan ekonomi. – Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Cadang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Banduan Ganti Pekerja Asing

2

Semasa 1 tahun yang lalu

4.5 Juta Rakyat Malaysia Mungkin Hilang Pekerjaan Jika Tidak Tingkat Kemahiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lebih RM200,000 Faedah SKSSR Dibayar Kepada Suri Rumah, Keluarga - Sivakumar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kematian Tragis Isteri Dalam Pantang Dorong Pindaan Undang-Undang Paterniti Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi