web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kit Siang Dapat Tan Sri Saranan Anwar, Bukan Saya - Rais Yatim

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 5:27PM

Dr Rais Yatim menyangkal dakwaan pernah mencadangkan agar veteran DAP, Lim Kit Siang diberikan anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menyangkal dakwaan pernah mencadangkan agar veteran DAP, Lim Kit Siang diberikan anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri. 

Jelas Rais, beliau bukanlah seorang Perdana Menteri yang boleh membuat cadangan tersebut. 

Katanya, pihak yang membuat tuduhan terbabit harus memahami secara jelas bahawa pengurniaan darjah kebesaran ke atas Kit Siang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

"Sibuk betul fasal Kit Siang dapat (anugerah) Tan Sri. Ada pula yang anotasi itu Rais Yatim punya syor. Wah! Berkuasa betul anak Jolobu (Jelebu) ni yo. Hi..hi. Kalau saya PMX (Anwar) bolehlah tuduh macam itu. 

"Kena tahu, yang cadang nama Kit Siang ialah PMX dan yang perkenan Tuanku Agong. Raja ada kuasa tolak tapi Seri Paduka Baginda tak tolak kerana Anwar bentang rekod khidmatnya.

"Bukan tak tahu, kini jadi pembangkang ada markah tinggi diberi kerajaan. Yang beri bintang PMS dan lain-lain ialah kerajaan. Ketua kerajaan ialah Anwar Ibrahim bukan pihak lain seperti Rais Yatim,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

Rais turut melahirkan rasa kesal kerana beliau terus dipersalahkan apabila dituduh membuat cadangan agar mantan Pengerusi DAP itu dikurniakan darjah kebesaran PSM.

Apa yang benar, katanya, beliau pernah mengesyorkan pemimpin seperti Kit Siang, pada dua tahun lalu diberi penghormatan oleh Pulau Pinang disebabkan negeri itu berada di bawah bidang kuasa DAP.

“Tinggal lagi Yang di-Pertuan Agong nak anugerah Kit Siang bintang PSM itu hak baginda dengan Perdana Menterinya. Orang macam saya tak terlibat.

“Nampaknya begitu terpesong daya pemikiran beberapa pemimpin yang keletihan. Tariklah nafas dalam-dalam hamburkan kewarasan. Nganga dulu sebelum bercakap,” katanya.

Sehubungan itu, Rais menyeru pihak yang telah membuat tuduhan palsu itu  agar meneliti senarai panjang penerima PSM tahun ini.

“Cuba teliti lagi, puak mana dapat lebih dan golongan mana dapat kurang. Jawab sendiri, khasnya (kepada) pimpinan UMNO,” katanya. 

Selain Kit Siang, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut diumumkan sebagai antara antara 839 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023.

Ketiga-tiga mereka bersama 36 individu lain dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) iaitu anugerah Persekutuan kedua tertinggi yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Pengurniaan itu dianugerahkan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, semalam. 

Anugerah tertinggi ialah Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota, yang membawa gelaran Tun.

Difahamkan, Kit Siang, 82, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di tujuh kawasan sejak 1969 hingga 2022, adalah pemimpin DAP kedua yang dianugerahkan dengan gelaran berkenaan, selepas Tan Sri Lee Lam Thye. - Getaran, 6 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Arkib Negara Malaysia Baik Pulih Rumah Pusaka P Ramlee

3

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

4

Politik 10 bulan yang lalu

Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Semasa 23 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Sukan 21 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih