web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Mahu Peranan JAKIM Diperluaskan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 7:00AM

Anwar menghadiri Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan Tahun 2023M/1444H di Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Kerajaan Persekutuan mahu memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha mengangkat martabat dan darjat negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar berkata pihaknya telah bertemu dengan kepimpinan Jakim baru-baru ini dan mahu mereka untuk membantu melakar rangka dasar pembangunan negara berteraskan Malaysia MADANI.

"Sebelum ini, kerja Jakim adalah berdakwah, memberi latihan dan menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran bersama-bersama kerajaan negeri tapi Jakim kurang berperanan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan MADANI.

Saya telah mengarahkan supaya peranan mufti, ulama ataupun tokoh di Jakim supaya selari dengan perkembangan ini supaya input mereka itu dapat memberi manfaat dan mengangkat martabat dan darjat negara," katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H/2023 di sini malam tadi.

Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini, yang dijadualkan berlangsung selama enam hari mulai hari ini sehingga 16 Jun di Pusat Konvensyen PICCA @Arena Butterworth. 

Selain itu, Anwar turut mengajak umat Islam untuk memanfaatkan mukjizat al-Quran dengan membicarakan soal kemampanan, dan sistem nilai yang dianjurkannya tanpa mempertahankan sesuatu yang bertentangan.

Katanya, wujud sanggahan oleh individu tertentu terhadap inisiatif kerajaan termasuk Belanjawan MADANI dengan membuat rujukan kepada ayat dalam al-Quran secara tidak tepat.

Katanya tindakan memperkudakan al-Quran untuk melemparkan hujah akan merosakkan kemurnian kitab suci itu yang telah dipertahankan para ulama selama lebih 1,000 tahun.

"Sebab itu saya membicarakan soal wacana yang ada dalam Al-Quran itu dalam menjawab tohmahan dengan hujah yang kuat. Ini dilakukan dengan mencabar orang yang membawa idea-idea menyanggah kitab suci itu untuk memastikan kita melakar ataupun menzahirkan sesuatu yang baik.

Maka dalam negara kita, dalam hal-hal yang sedemikian sepatut kita pertahankan akhlak dan nilai termasuk dalam keadaan kita berbeda pandangan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula