web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPA Sambung Semula Tajaan Pelajar Perubatan, Pergigian, Farmasi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 1:53PM

Unjuran memperlihatkan bahawa keperluan pegawai dalam sektor perubatan, pergigian dan farmasi masih lagi di peringkat kritikal. - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesahkan akan melanjutkan program penajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Jurucakap JPA menerusi kenyataan hari ini berkata, penajaan bagi semua bidang tersebut untuk tahun ini boleh dimohon mengikut tempoh penawaran yang telah ditetapkan.

“Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama boleh dimohon bermula dari 3 hingga 7 Julai.

“Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022 pula akan dilanjutkan sehingga 23 Jun,” katanya, hari ini. 

Pada 11 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata, kerajaan akan meneruskan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di bawah JPA berdasarkan situasi semasa, kerana masih terdapat keperluan tenaga kerja bagi semua sektor terbabit di seluruh negara.

Menurutnya, unjuran memperlihatkan bahawa keperluan pegawai dalam sektor perubatan, pergigian dan farmasi masih lagi di peringkat kritikal.

Katanya, keputusan KKM menghentikan penajaan JPA dalam tiga bidang berkenaan yang diumumkan di Parlimen sebelum itu dibuat mengikut dasar terdahulu.

Sebelum ini, JPA membuat keputusan mengejut untuk menghentikan tajaan kepada pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi dengan alasan permintaan terhadap tenaga kerja di bidang tersebut sudah mencukupi.

Keputusan itu dibuat berdasarkan Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 yang mencatatkan pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara dengan populasi penduduk sehingga Disember 2021 ialah 1:420.

Laporan berkenaan juga menjangkakan dan nisbah 1:400 mampu dicapai pada 2025.

Seramai 1,774 pelajar perubatan tajaan JPA dijangka menerima ijazah masing-masing tahun ini, diikuti oleh 69 pelajar pergigian serta 296 pelajar farmasi manakala seramai 2,029 pelajar perubatan, 68 pelajar pergigian dan 184 pelajar farmasi yang lain akan menerima ijazah mulai 2024 hingga 2027. - Getaran, 15 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi