web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Naungan Politik Dikesan Dalam Sindiket Perjudian Dalam Talian – Saifuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 1:58PM

Saifuddin Nasution Ismail berkata, naungan politik menjadi kekangan terbesar dihadapi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis dalam menangani isu itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Wujud elemen “naungan politik” sindiket perjudian dalam talian haram, dan polis menyedari sepenuhnya perkara itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Malah, katanya di Dewan Rakyat, naungan politik menjadi kekangan terbesar dihadapi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis dalam menangani isu itu.

Justeru, katanya, negara memerlukan kekuatan politik yang ampuh untuk membanteras perjudian dalam talian secara haram.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ramanan Ramakrishnan (Sg Buloh-PH) yang bertanyakan tentang langkah membendung perjudian dalam talian.

“Ya, ada unsur naungan politik. Secara afirmatif, mereka wujud.

“Inilah punca pengaruh dan perlindungan, rasuah dan sogokan dan kekurangan kehendak politik untuk menangani masalah ini.

“Pemain berada di bawah perlindungan tuan politik. Contohnya, (apabila) maklumat bocor. Pihak polis faham sungguh-sungguh dengan pola ini dan (ia) dalam radar siasatan polis.

“Ini memerlukan perhatian penuh kerana ia telah menimbulkan isu sosial dan menjejaskan ekonomi negara,” katanya.

Ramanan bertanya soalan tambahan tentang sama ada naungan politik adalah punca perjudian dalam talian masih berterusan.

Saifuddin berkata, beliau juga hairan bagaimana ahli politik boleh menyokong kegiatan haram yang merugikan masyarakat.

“Jadi perkara ini memerlukan pendekatan di seluruh negara,” katanya.

Jelas Saifuddin lagi, KDN juga berdepan dengan undang-undang lapuk dan tidak boleh mengenakan hukuman lebih berat kepada dalang perjudian dalam talian.

Katanya, kedua-dua Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pertaruhan 1953 tidak dipinda selama 70 tahun dan perjudian dalam talian tidak disebut sebagai platform, menyukarkan anggota penguatkuasa untuk mengambil tindakan terhadap penjenayah itu.

“Saya memberi jaminan tekad politik baharu kerajaan ini ialah pindaan kepada akta lama ini perlu dipinda segera. Kita tidak boleh melengahkan perkara ini,” katanya.

Saifuddin berkata, sindiket perjudian dalam talian yang menyasarkan rakyat Malaysia adalah rangkaian jenayah berskala besar, tersusun rapi, canggih, dengan sumber kewangan yang besar dan keupayaan teknologi tinggi yang disokong oleh rangkaian antarabangsa.

Katanya, polis sedang mengumpul data untuk mengenal pasti hierarki sindiket dan rangkaian tersebut.

KDN juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menggantung laman web berkaitan.

“Kami juga bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana operasi ini melibatkan transaksi wang.

“Kaedah pembayaran, jumlah urus niaga, sumber dana, corak pengubahan wang haram semuanya adalah data penting dan ia berada dalam radar polis,” katanya.  – The Vibes, 15 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang