web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Komuniti Perniagaan Malaysia Perlu Bersedia Teroka Pasaran Baharu Di China

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 12:54PM

Selain minyak sawit, buah durian dan sarang burung dari Malaysia mendapat sambutan yang hangat di pasaran China. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NANNING - Peniaga mahupun pelabur Malaysia perlu bersiap sedia dalam persaingan untuk merebut peluang pelaburan dalam atau dari China.

Memandangkan pasaran domestik China yang begitu besar dan terbuka, Malaysia dengan kelebihan pengeluaran komoditi pertanian mampu meneroka lebih banyak pasaran baharu di China.

Konsul Jeneral Malaysia di Nanning, Ahmad Phadil Ismail berkata China kembali membuka pintu sempadannya Januari tahun ini selepas hampir tiga tahun ditutup ekoran penularan COVID-19, dan peluang ini perlu direbut komuniti perniagaan Malaysia untuk meneroka pasaran baharu di China.

"China ialah rakan dagang terbesar Malaysia selama ini. Sekarang munculnya persaingan Vietnam, Malaysia perlu lebih berusaha. Persaingan ini hanya dalam rantau Asean, belum ambil kira persaingan dari Eropah, negara membangun dan negara maju yang lain,” katanya kepada Bernama TV, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata kedudukan rantau Asean khasnya Malaysia dalam perubahan geopolitik dunia perlu dilihat sebagai peluang juga dalam menarik pelaburan.

Hubungan China-Malaysia sangat rapat selama ini, walaupun pemimpin silih berganti, namun keakraban hubungan dua hala tidak berubah.

"Ini (hubungan dua hala yang rapat) perlu kita manfaatkan. China sentiasa bersedia menerima pelaburan dari luar, cuma adakah komuniti perniagaan Malaysia sudah bersedia memberi komitmen yang sama?" katanya.

Katanya, komoditi pertanian menjadi antara eksport utama Malaysia ke China. Selain minyak sawit, buah durian dan sarang burung dari Malaysia mendapat sambutan yang hangat di pasaran China. 

Justeru, beliau berharap komuniti perniagaan Malaysia boleh memanfaatkan peluang perniagaan di Ekspo China-Asean kali ke-20 yang akan diadakan pada September tahun ini.

Dalam aspek menarik pelaburan dari China, Ahmad Phadil berkata industri kenderaan elektrik atau EV, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi hijau adalah antara bidang baharu yang boleh  diceburi.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009. Pada 2022 nilai perdagangan antara Malaysia dan China mencecah 17.1 peratus daripada  jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trillion.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara pada 2022 mencecah RM487.13 bilion iaitu peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'