web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Ahli Sindiket Macau Scam Ditahan, Pekerja Kilang Rugi RM432,725

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 9:19PM

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan seorang pekerja kilang kerugian RM432,725, di sini baru-baru ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan seorang pekerja kilang kerugian RM432,725, di sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya semalam, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.

"Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa seorang wanita berusia 57 tahun  telah terima panggilan telefon (daripada seorang lelaki) yang mendakwa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memaklumkan dia  mempunyai cukai tertunggak, namun mangsa menafikannya.

Talian itu kemudiannya disambungkan kononnya kepada seorang pegawai polis sebelum dimaklumkan mangsa  mempunyai rekod jenayah berkaitan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram, ia menyebabkan wanita tersebut panik serta mengikut arahan suspek," menurut kenyataan itu.

Katanya wanita itu  telah memindahkan semua wang simpanannya ke dalam akaun Agro Bank milik sendiri dan telah mengisi maklumat Agro Bank ke dalam borang yang diberikan oleh suspek yang mengaku sebagai pegawai polis berkenaan.

Kenyataan itu memaklumkan selepas dua bulan, wanita yang bekerja kilang di Bayan Lepas itu membuat semakan dan mendapati semua wang simpanan sebanyak RM432,725 daripada akaun Agro Bank miliknya telah dipindahkan secara berperingkat ke dalam akaun yang tidak dikenali sebelum bertindak membuat laporan polis.

Katanya polis menjalankan siasatan lanjut dan risikan sebelum berjaya menahan lelaki terbabit yang bekerja sendiri bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berumur 35 tahun semalam kerana disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket pinjaman wang dalam talian yang tidak wujud sehingga menyebabkan seorang suri rumah kerugian RM19,530.

Katanya mangsa berusia 36 tahun itu telah memasukkan wang ke dalam beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM19,530  tetapi wang pinjaman tidak diperoleh.

"Dua lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kedua-dua kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya siasatan lanjut masih dijalankan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi