web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bakar Al Quran Perilaku Berlandaskan Kebencian, Sokong Ideologi Ekstremis - Dr Zulkifli

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jun 2023 7:18AM

Daily Mail melaporkan, perbuatan dua lelaki dengan seorang daripada mereka dikenali sebagai Salwan Momika itu turut disaksikan kira-kira 200 penduduk - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbuatan membakar kitab suci Al-Quran adalah satu perilaku berlandaskan kebencian dan sikap rasis yang jelas menyokong ideologi ekstremis.

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, tindakan tegas pada kadar segera perlu diambil bagi memastikan provokasi seumpama itu dapat dihentikan.

Menurut beliau, kebebasan bersuara bukan tiket yang membolehkan mana-mana individu bertindak sewenang-wenangnya.

“Kami mengutuk keras tindakan membakar sebarang kitab suci, termasuk Al-Quran kerana kebebasan bersuara itu harus diseiringkan dengan rasa tanggungjawab.

“Ia termasuk menghormati kepercayaan dan sensitiviti pihak lain,” katanya.

Zulkifli menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan dua lelaki yang membakar Al-Quran di luar masjid utama di Stockholm, Sweden, kelmarin.

Daily Mail melaporkan, perbuatan dua lelaki dengan seorang daripada mereka dikenali sebagai Salwan Momika itu turut disaksikan kira-kira 200 penduduk.

Sebelum membakar kitab suci tersebut, Salwan terlebih dahulu mengelap kasutnya menggunakan helaian Al-Quran yang telah dikoyak.

Lebih biadab, dia turut meletakkan hirisan daging babi pada kitab suci berkenaan.

Rakannya pula melaungkan kata-kata kesat yang mencaci agama Islam menggunakan pembesar suara.

Berang dengan kelakuan biadab itu, seorang lelaki yang menyaksikan perbuatan mereka cuba melempar batu bagi menghentikan perbuatan tersebut, tetapi dia ditahan polis tidak lama kemudian.

Segelintir penonton yang menyaksikan provokasi terbabit turut melaungkan kalimah suci ‘Allahuakbar’ sebagai tanda protes.

Dua minggu lalu, mahkamah rayuan di Sweden menolak larangan polis berhubung protes insiden membakar Al-Quran yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli selaku Ahli Majlis Hukama’ Muslimin berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata, beliau menyokong penuh kenyataan Imam Besar Al Azhar dan Pengerusi Majlis, Dr Ahmed Al Tayeb, yang mengecam keras perilaku biadab dua lelaki tersebut.

“Semua kerajaan, pemimpin keagamaan dan pertubuhan masyakat awam perlu bekerjasama dalam menggalakkan dialog berbilang kepercayaan.

“Mereka juga perlu menggembleng usaha membanteras Islamofobia serta mempromosikan sikap saling memahami dalam usaha mewujudkan keamanan beragama, demi memastikan semua pihak sentiasa menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, provokasi dilakukan Salwan dan rakannya itu adalah satu penghinaan kepada seluruh umat Islam, apatah lagi ia berlaku ketika penganut agama tersebut sedang merayakan Aidiladha.

Menurut beliau, perbuatan berkenaan jelas mencabuli prinsip saling menghormati dan memahami yang diterapkan di peringkat universal. - Getaran, 30 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'