web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Internet Di Kampus: MCMC Adakan Libat Urus Dengan Bahagian Pembangunan Universiti

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 8:30PM

Aspek pengurusan Internet di dalam kampus adalah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) manakala KKD melibatkan ‘liputan luar’ iaitu pencawang. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DENGKIL - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengadakan sesi libat urus dengan semua bahagian pembangunan universiti dalam masa terdekat bagi mengetahui keadaan Internet di kampus masing-masing.  

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau telah meminta MCMC serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa untuk menyertai sesi libat urus itu dalam usaha memantapkan kesalinghubungan di kampus.

“Diadakan secepat mungkin. Saya serah kepada MCMC untuk jemput wakil bahagian pembangunan institut pengajian tinggi awam (IPTA) supaya diadakan sesi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan Internet di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor kampus Dengkil di sini hari ini.

Mengenai tinjauan keadaan Internet di UiTM itu, beliau berkata kaedah pengurusan Internet di universiti itu adalah baik dan boleh dijadikan rujukan untuk semua universiti.

Katanya UiTM tersebut telah memperuntukkan RM3.38 juta untuk meningkatkan jumlah akses point dari 100 ke 200 unit manakala setiap dua bilik asrama dilengkapi dengan satu wi-fi router.

“Ini membolehkan pelajar dapatkan akses Internet lebih baik dan lebih laju…sebagai rangkuman, saya lihat apa yang diusahakan di UiTM Dengkil ini mungkin boleh dijadikan benchmark atau template untuk dilaksana di kampus lain,” katanya. 

Secara umumnya, Fahmi berkata aspek pengurusan Internet di dalam kampus adalah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) manakala KKD melibatkan ‘liputan luar’ iaitu pencawang.

Beliau turut meminta MCMC melaksanakan tindakan berkaitan pencawang di sekitar universiti supaya ia mampu memberi liputan Internet menyeluruh di kawasan kampus.

“Insya-Allah, kita (KKD dan KPT) akan bekerjasama dan saya telah berbincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“MCMC akan beri kerjasama penuh atasi masalah ini (Internet di kampus),” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia, Sintok di Kedah dilaporkan meminta Fahmi memberi keutamaan berkaitan kesalinghubungan Internet yang lebih baik di kampus universiti seluruh negara.

Anwar berkata kemudahan Internet di kampus universiti merupakan satu keperluan asas dan menjadi elemen penting yang harus disediakan seperti buku teks. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 20 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi