web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peningkatan Penagih Dadah: KDN, AADK Diberi 3 Bulan Untuk Koordinasi Antara Agensi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 3:00PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA  LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diberi tempoh tiga bulan untuk mengusahakan koordinasi antara agensi berkaitan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua agensi tersebut perlu berganding bahu merangka, menyusun inisiatif dan program yang efektif serta bermanfaat.

Menurut beliau, statistik anggaran penagih dadah semakin meningkat dan ia adalah satu perkembangan yang amat membimbangkan.

“Jumlah penagih dadah keseluruhan meningkat kepada 1,097,408 dan daripada jumlah tersebut, 1,051,712 adalah lelaki dan wanita berjumlah 45,696. 

“Lebih menyedihkan apabila daripada jumlah tersebut, 328,640 adalah penagih berumur 15-29 tahun,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 bersama KDN melalui AADK di Putrajaya hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, gejala penyalahgunaan dan penagihan dadah harus dibendung dengan lebih berkesan.

Kerajaan pada sama katanya, akan mengusahakan pemulihan kepada penagih dadah sedia ada.

“Dapatan satu kajian oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2020 menunjukkan bahawa bagi setiap 100 belia di negara ini, enam daripada mereka mengaku pernah mengambil dadah, manakala empat lagi mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan,” katanya.

Beliau memberitahu, mesyuarat dipengerusikannya itu akan melihat kepada game-changer isu berkenaan untuk diselaraskan dengan semua kementerian, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

“Mesyuarat juga bersetuju memastikan pemerkasaan undang- undang diperkukuhkan bagi mencegah penyalahgunaan dadah ini di semua peringkat. 

“Keberkesanan tentang penguatkuasaan undang- undang di dalam negara juga akan diperhalusi bagi menangani penyalahgunaan dadah secara tuntas,” katanya.

Tegas Ahmad Zahid, keberkesanaan atau kejayaan dikaji bukan terhadap jumlah yang dipulihkan.

“Kejayaan dan keberkesanan dikaji  kepada jumlah tangkapan atau pengurangan jumlah penagih di dalam negara secara keseluruhan,” katanya. - Getaran, 10 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad