web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beri Kenyataan 3R, Hadi Awang Berdepan Siasatan Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 3:00PM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berdepan siasatan berhubung kenyataan yang menyentuh isu 3R (raja, agama dan perkauman).

Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik, dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Suresh Kumar G Suppiah berkata, siasatan berkenaan berhubung kenyataan yang dipercayai menyentuh isu 3R.

Menurut beliau,  Abdul Hadi didakwa menuduh DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah.

“Tafsiran penjajah itu dikatakan menjunjung liberalisme dan kebebasan yang diamalkan negara Barat.

“Kenyataan Abdul Hadi tersebut dipercayai dilakukan melalui hantaran di halaman Facebook beliau pada 8 Julai lalu,” katanya hari ini.

Jelas Suresh Kumar, isu terbabit turut diulas menerusi penerbitan artikel terbitan New Straits Times pada hari yang sama.

Siasatan katanya lagi, dijalankan oleh Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 dari JSJ Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan di bawah Selsyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau memberitahu, siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya. - Getaran, 10 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Seni & Hiburan 4 bulan yang lalu

Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

3

Politik 4 bulan yang lalu

Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Logo Kasut Mirip Allah: MCMC Beri Amaran Jangan Sebar Kandungan Sentuh 3R

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah