web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayaran Pencen, Pencen Terbitan Dilunas Ikut Amaun Asal — PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 8:25PM

Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Bayaran bagi pencen dan pencen terbitan bermula Julai hingga Disember tahun ini akan dilunaskan mengikut amaun asal, selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) hari ini.

Menurut beliau, kerajaan mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu yang memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah.

“Selaras dengan keputusan itu, undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

“Oleh yang demikian, Kerajaan telah membawa isu ini dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) bagi mencari jalan penyelesaian untuk memastikan kebajikan pesara terus terbela,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai reaksi terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan akhir Jun lalu.

Menurut keputusan itu, pindaan terhadap Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 kurang memberi manfaat kepada pesara perkhidmatan awam, justeru ia diisytiharkan sebagai terbatal dan tidak sah.

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara turut memutuskan peruntukan berkenaan yang membenarkan kenaikan kadar rata sebanyak dua peratus setiap tahun, bercanggah dengan Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan (perlindungan hak pencen) berbanding Akta Pelarasan Pencen 1980 sebelum ini.

Bayaran pencen dan pencen terbitan bermula Julai hingga Disember akan dilunas mengikut amaun asal
Bayaran pencen dan pencen terbitan bermula Julai hingga Disember akan dilunas mengikut amaun asal

Jelas Perdana Menteri, amaun pencen asal menetapkan bahawa bayaran pencen pegawai awam yang bersara sebelum 2013 akan dikembalikan kepada amaun Disember 2012.

“Bagi pegawai awam yang bersara mulai 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.

“Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP),” katanya.

Anwar memberitahu, ia menjadikan jumlah diterima oleh pesara menyamai amaun pencen semasa,  iaitu amaun pencen pada Jun 2023.

“Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pesara semasa berkhidmat serta prihatin dengan kebajikan pesara dalam keadaan dan situasi sekarang,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kerajaan susulan itu akan mengkaji semakan gaji perkhidmatan awam dan ia akan turut melibatkan pesara perkhidmatan awam.

“Penyelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang telah ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].

“Hasil keputusan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada kakitangan awam, pesara perkhidmatan awam dan kerajaan,” katanya. — Getaran, 12 Julai 2023
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini