web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Kewarganegaraan: Cadangan Pindaan Dipersembah Kepada Majlis Raja-Raja Selepas PRN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 8:50PM

Azalina Othman Said - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Lapan cadangan pindaan kepada keseluruhan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung isu kewarganegaraan akan dipersembah dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini selesai. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan sedang menyediakan dokumen pembentangan mengenai kesemua cadangan yang dikemukakan dengan mengambil kira pandangan rakyat.

Beliau berkata cadangan pindaan itu membabitkan Jadual Pertama dan Kedua Perlembagaan Persekutuan yang turut meliputi isu kewarganegaraan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu yang berstatus warganegara Malaysia.

"Sebarang cadangan pindaan terhadap Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berkaitan perkara kewarganegaraan hendaklah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja selaras dengan kehendak peruntukan Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Azalina berkata kelapan-lapan cadangan pindaan itu adalah berdasarkan kepada dapatan melalui analisis kajian, sesi libat urus, kajian perbandingan perundangan negara lain serta perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet dan Jawatankuasa Teknikal Pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan Berhubung Perkara Kewarganegaraan.

Beliau berkata cadangan pindaan itu turut memerlukan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak selaras dengan Perkara 161E(2)(a) Perlembagaan Persekutuan kerana membabitkan pindaan yang menyentuh hak orang yang lahir sebelum Hari Malaysia untuk menjadi warganegara disebabkan perhubungan mereka dengan kedua-dua negeri atau jaminan layanan sama rata antara orang yang lahir dan bermastautin di negeri-negeri Borneo dengan orang yang lahir di negeri-negeri Melayu.

Katanya Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri komited dalam membentangkan cadangan pindaan yang adil serta wajar.

Azalina berkata kerajaan mendengar dan mengambil maklum semua pandangan, cadangan serta maklum balas yang diterima daripada rakyat dan badan bukan kerajaan selain Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Beliau berkata kerajaan memberi jaminan untuk memelihara kepentingan hak-hak wanita atau ibu warganegara Malaysia dan juga anak-anak mereka.

"Pindaan ini memberi peluang kesamarataan jantina kepada warganegara Malaysia untuk memperoleh kewarganegaraan anaknya yang lahir di luar negara di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Raja Raja Melayu Tiba Di Istana Negara Untuk Mesyuarat Majlis Raja Raja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah