web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raja Raja Melayu Tiba Di Istana Negara Untuk Mesyuarat Majlis Raja Raja

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 10:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan dan Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara pagi ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

Mesyuarat itu dijadual berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 11 pagi dengan dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Setakat 9.45 pagi tadi, beberapa kenderaan rasmi yang membawa Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu kelihatan mula tiba di Istana Negara antaranya Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang
Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Pada mesyuarat kali ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim akan melataz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di- Pertuan Agong buat kali ketiga.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah yang menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki