web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlu Wujud Akta Baharu, Hukum Pihak Guna Isu 3R Secara Sivil -- Azalina

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 9:40AM

Azalina Othman Said -- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan satu akta baharu bagi menghukum pihak yang mempermainkan isu 3R (agama, raja dan kaum) daripada aspek sivil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata akta baharu itu, yang mungkin dinamakan Akta Negara dan Bangsa, adalah berfungsi seperti Akta Keharmonian Kaum di Singapura tetapi dalam konteks Malaysia.

Beliau berkata buat masa ini, sebarang kesalahan melibatkan isu 3R disiasat di bawah Akta Hasutan 1848 sedangkan akta itu lebih menjurus kepada elemen kesalahan jenayah sehingga menyebabkan pendakwaan memakan masa yang lama berikutan prosedur undang-undang.

“Jadi, saya menyatakan mungkin kita perlu menilai dalam elemen positiviti... akta sedemikian yang dicadangkan berbentuk punitif.

“Maknanya kalau dia langgar, dia akan dikenakan denda. Itu lebih senang diselesaikan atau disabitkan. Kalau ikut jenayah, prosedur, pengukuran bukan mudah,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Forum ‘Malaysia Di Ambang PRN 2023’ di Menara Dato Onn malam tadi .

Azalina berkata pandangan bagi mewujudkan akta baharu sudahpun dibentangkan kepada Jemaah Menteri hari ini dan mendapat respons yang positif.

Beliau berkata cabaran yang dihadapi ketika ini ialah apabila media sosial digunakan bagi mempermainkan isu 3R, ia mampu dinafikan dan tiada mempunyai bukti kukuh.

Katanya justeru, kewujudan akta baharu adalah penyelesaian kepada isu 3R yang semakin menjadi-jadi di Malaysia sejak kebelakangan ini seterusnya memastikan keperluan generasi akan datang lebih terjamin.

Institusi Diraja adalah antara perkara terkandung dalam 3R
Institusi Diraja adalah antara perkara terkandung dalam 3R

Ketua Penerangan UMNO itu juga berkata keputusan Mahkamah Rayuan Perancis yang menolak penguatkuasaan sebahagian award yang diperoleh Kumpulan Sulu membuktikan kestabilan Kerajaan MADANI.

“Kes Sulu itu jika kerajaan stabil memang tidak boleh menang. Mereka ambil kesempatan. Mereka tidak bodoh. Mereka tahu jika Perdana Menteri bertukar, kadang-kadang peguam negara bertukar, mereka ambil kesempatan,” katanya.

Azalina juga berkata kestabilan politik sangat penting dalam menjaga keamanan dan ekonomi negara sekali gus meneruskan agenda rakyat.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pula berkata pendedahan awal pendidikan literasi politik kepada golongan belia menerusi kurikulum dan program yang dilaksanakan kementerian itu bertujuan membentuk orang muda yang celik hak kenegaraan mereka. 

"Tumpuan kita sekarang ini adalah mereka yang sudahpun boleh mengundi dalam konteks segmen Kementerian Pendidikan Malaysia, tingkatan enam, matrikulasi dan sebagainya… mereka ini telah didedahkan dengan kurikulum khususnya kem-kem yang berkait rapat dengan pendidikan karakter bangsa.

“Kem ini memang khusus untuk memberikan mereka pencerahan berkaitan hak-hak kewarganegaraan. Selain itu, juga penting sebagai ibu bapa, untuk memberikan pencerahan ini dalam konteks kekeluargaan," katanya. -- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Seni & Hiburan 4 bulan yang lalu

Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

3

Politik 4 bulan yang lalu

Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Logo Kasut Mirip Allah: MCMC Beri Amaran Jangan Sebar Kandungan Sentuh 3R

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah