web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sanusi Didakwa Esok, Sultan Sharafuddin Titah Perkara Masih Belum Selesai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2023 8:04PM

Muhammad Sanusi Md Nor bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, esok - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok.

Semakan terhadap sistem mahkamah mengesahkan, pendakwaan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu akan dilakukan pada jam 9 pagi di dua mahkamah.

Pertuduhan tersebut masing-masing akan dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Ia menyusul kertas siasatan yang dibuka ke atas Muhammad Sanusi sebelum ini, seperti diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi sidang media khas 13 Julai lalu.

Menurut Razaruddin, siasatan berkaitan kenyataan 3R (raja, agama, kaum) tersebut dibuat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, cubaan Muhammad Sanusi  meraih keampunan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dilihat sebagai gagal membuahkan hasil diharapkan.

Ia susulan titah baginda bahawa perkara tersebut masih belum selesai.

Perkembangan terbaru itu dikongsi pengendali akaun Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Sultan Sharafuddin bersama Hussein Omar Khan - gambar Facebook
Sultan Sharafuddin bersama Hussein Omar Khan - gambar Facebook

Menurut hantaran berkenaan, Sultan Sharafuddin terdahulu berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Baginda turut berkenan menerima menghadap Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Difahamkan, pertemuan yang diadakan secara berasingan itu adalah bagi membincangkan kenyataan dikeluarkan Muhammad Sanusi, dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini.

Kenyataan terbabit dianggap sebagai menghina institusi Diraja Selangor.

Petikan ucapan Muhammad Sanusi yang dilihat seolah-olah mempertikai kewibawaan Institusi Diraja Selangor dalam pemilihan Menteri Besar, tular selepas ia dimuat naik di media sosial.

Antara lain, beliau menerusi video berkenaan membandingkan urusan pelantikan dirinya sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor.

Sultan Sharafuddin dan Dr Ahmad Yunus Hairi - gambar Facebook
Sultan Sharafuddin dan Dr Ahmad Yunus Hairi - gambar Facebook

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dipetik BERNAMA sebagai berkata, Sultan Sharafuddin berkenan menzahirkan penghargaan kepada barisan Ahli-Dewan Diraja Selangor yang bertindak membuat satu laporan polis pada 14 Julai lepas berkenaan isu itu.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga amat berbesar hati di atas sokongan yang ditunjukkan oleh Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor serta semua pihak yang berkaitan,” katanya. - Getaran, 17 Julai 2023
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global