web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


9 Kru Hilang Kapal Terbalik Di Perairan Sebuyau

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Jul 2023 9:11PM

Laporan mengenai kehilangan kapal MV Tung Sung itu diterima oleh Maritim Malaysia pada jam 9.40 pagi hari ini - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING -- Sembilan kru dilaporkan hilang dalam insiden kapal terbalik yang berlaku kira-kira empat batu nautika ke barat laut Pulau Burung berdekatan perairan Sebuyau, kira-kira 103 kilometer dari sini, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata kru yang hilang terdiri dari empat warga tempatan yang dikenali sebagai Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu, Maxwell Billy Stimba dan Stimba Anak Chuit.

“Empat lagi mangsa merupakan warga Myanmar iaitu That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun, Tun Lin Oo dan seorang lagi warga Indonesia bernama Lido Ali Purwanto dengan kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 20 hingga 52 tahun,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata Maritim Malaysia menerima laporan berhubung kehilangan kapal itu, yang dikenali sebagai MV Tung Sung, pada kira-kira 9.40 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada 1.20 tengah hari dengan sebuah aset agensi itu, KM Kinabalu, digerakkan ke lokasi kejadian.

“Bot KILAT 35 dan bantuan aset udara dari Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia turut digerakkan ke kawasan pencarian,” katanya sambil menambah sektor percarian melibatkan kawasan perairan seluas 210.48 batu nautika persegi namun ditangguh setakat 7 malam ini dan disambung semula pada 8 pagi esok. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 bulan yang lalu

Kisah Anak Gen X: Kembara Ke Tanah Suci, Dulu Dan Kini

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

4

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini