web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saring Terperinci Konsert Antarabangsa, Elak Insiden The 1975 Berulang - Dr Zulkifli

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2023 8:08AM

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Kerajaan disaran menyaring dengan terperinci penganjuran sebarang konsert antarabangsa bagi memastikan insiden melibatkan kumpulan The 1975 tidak berulang.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, isu sedemikian sewajarnya dipandang serius, khususnya oleh kerajaan dan pihak berautoriti.

Menurut beliau, ia membawa implikasi yang amat besar kepada negara dan rakyat, khususnya generasi muda.

“Amat tidak patut sama sekali konsert atau persembahan seperti ini dibenarkan. 

“Mana-mana kumpulan muzik yang mempunyai sejarah yang bermasalah dari apa-apa sudut terkait Malaysia seperti 3R (agama, raja, kaum) atau yang bercanggah dengan pendirian Kerajaan walaupun berbeza dengan negara-negara lain seperti mempromosi LGBTQ+, hendaklah dilarang untuk memasuki negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kebiadaban penyanyi The 1975, Matt Healy di Good Vibes Festival 2023 (GVF 2023), minggu lalu.

Pada persembahan di GVF 2023 21 Julai lalu, Healy dikatakan membuat persembahan dalam keadaan mabuk, sebelum mengutuk pendirian kerajaan yang menentang fahaman LGBTQ.

Kelakuan biadab Matt Healy menyebabkan GVF 2023 dibatalkan serta merta - gambar fail
Kelakuan biadab Matt Healy menyebabkan GVF 2023 dibatalkan serta merta - gambar fail

Dia kemudiannya bertindak mencium pemain bass kumpulan terbabit, sebelum diarah menghentikan persembahan serta merta.

Susulan insiden, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada 22 Julai lalu mengarahkan baki acara GVF 2023 dihentikan serta merta.

Kumpulan The 1975 turut diharam menjejakkan kaki ke negara ini.

Masih dalam isu sama, Zulkifli yang juga mantan Mufti Wilayah Persekutuan berkata, beliau meraikan tindakan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) atas penyerahan garis panduan baharu berkaitan penganjuran konsert antarabangsa kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) minggu hadapan.

“Dalam masa yang sama, perlu satu pelan tindakan yang jelas sekiranya sesebuah konsert turut melibatkan penggerai yang berniaga sepanjang konsert. 

“Kita tidak mahu berlaku kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Para penggerai perlu mendapat keadilan sewajarnya sekiranya sesebuah konsert dibatalkan,” katanya.

Fahmi Fadzil mengarahkan GVF 2023 dibatalkan serta merta sehari selepas kelakuan biadab Matt Healy tular di media - gambar fail
Fahmi Fadzil mengarahkan GVF 2023 dibatalkan serta merta sehari selepas kelakuan biadab Matt Healy tular di media - gambar fail

Beliau menarik perhatian, Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia sentiasa meraikan hak kehidupan masyarakat pelbagai bangsa dan agama. 

“Kebebasan bersuara, beragama dan lain-lain diberikan seluas-luasnya dengan prinsip Rukun Negara dihormati. 

“Kepatuhan itu lebih-lebih lagi terpakai kepada orang luar yang ingin bertandang. Peradaban dan akhlak kita tidak serendah itu untuk bertolak ansur atas perlakuan mereka,” katanya. — Getaran, 26 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Starlink Yang Terbaik Setakat Ini, Tiada Pilihan Lain - Dr Zulkifli

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Wang Bidaan Jam Rolex Sudah Diserahkan Kepada NGO Bantu Rakyat Palestin 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Abdul Syukur Terima Biasiswa Kerana Layak’ - MAIWP

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dr Zulkifli Tak Terlibat Pelaburan Saham, Itu Iklan Palsu!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad