web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Starlink Yang Terbaik Setakat Ini, Tiada Pilihan Lain - Dr Zulkifli

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 9:03PM

Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri bergambar bersama kotak Starlink - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Starlink disifatkan sebagai sistem satelit internet terbaik setakat ini, berikutan pencapaian yang memberangsangkan.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, Starlink adalah pilihan terbaik untuk pejabatnya ketika ini memandangkan capaian internet di pejabatnya agak tidak stabil.

Menurut beliau, kedudukan premis berkenaan terletak berhampiran hutan dan ia memberi kesan kepada capaian perkhidmatan internet sedia ada.

“Memandangkan capaian internet di kawasan pejabat saya agak tidak stabil (berhampiran hutan), kami memutuskan untuk mendapatkan Starlink,” katanya menerusi X.

Jelas Zulkifli, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira beban tugas yang dipikul pejabatnya

“Dengan ratusan soalan agama yang diperoleh setiap hari, kunjungan lebih 3.3 juta di web maktabahalbakri.com dalam tempoh dua tahun, serta hampir 50,000 pengguna aplikasi Al-Inarah di Play Store dan App Store dalam tempoh kurang 2 bulan, saya fikir Starlink adalah pilihan terbaik buat masa ini. 

“Tidak ada pilihan lain,” katanya.

Tambah beliau, banyak projek ummah menanti untuk disempurnakan pada tahun ini, justeru capaian internet yang stabil adalah satu keperluan.

“Terima kasih kerana terus menyokong kami untuk bergerak menuju ke arah antara badan penyelidikan bebas hukum syarak ternama di dunia,” katanya.

Starlink dibangunkan oleh SpaceX Elon Musk dan mula berada di Malaysia sekitar Julai 2023. 

Pembangunan Starlink di negara ini pada awalnya diselubungi kontroversi apabila mencetuskan perdebatan di media sosial, mengenai keputusan Malaysia untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan internet asing. - Getaran, 3 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Wang Bidaan Jam Rolex Sudah Diserahkan Kepada NGO Bantu Rakyat Palestin 

2

Semasa 11 bulan yang lalu

9 Lokasi Di Sabah Dipasang Starlink Januari Tahun Depan - Menteri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Abdul Syukur Terima Biasiswa Kerana Layak’ - MAIWP

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Starlink Di Malaysia Selaras Kerangka Antarabangsa - MCMC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah