web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


9 Lokasi Di Sabah Dipasang Starlink Januari Tahun Depan - Menteri

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Oct 2023 8:37PM

Kementerian Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memasang unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah seawal Januari tahun depan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pemasangan unit peranti satelit Starlink itu akan melibatkan sembilan lokasi di negeri ini dan salah satunya adalah di Inanam.

"Pemasangan unit Starlink ini dijalankan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan saya minta pasukan pastikan di Inanam cari satu tempat (pemasangan Starlink).

Dua unit satelit Starlink fasa pertama (kini) sedang dipasang iaitu satu di Pensiangan dan Ranau. Esok saya akan ke Ranau untuk melihat pemasangan unit Starlink," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kita MADANI di Dewan Pisompuran Kampung Kobuni, Inanam di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin.

Fahmi berkata Starlink telah diberikan lesen oleh kerajaan sejak Julai lalu sebagai syarikat penyedia perkhidmatan internet bagi  meningkatkan keupayaan internet di negara ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, inflasi dalam sektor komunikasi kekal pada kadar -3.7 peratus yang menunjukkan satu perkembangan yang baik.

Beliau berkata, ia berikutan penyedia perkhidmatan internet mengurangkan harga internet kepada pengguna.

Mengenai program Kita MADANI yang diadakan itu, Fahmi berkata, maklumat yang sahih dan benar dapat disampaikan kepada komuniti.

Katanya, komuniti MADANI di setiap kawasan Parlimen diwujudkan untuk membantu kerajaan negeri mahupun Persekutuan menyampaikan setiap maklumat yang tepat kepada komuniti.

"Ini penting agar dasar Kerajaan Persekutuan dan negeri dapat disampaikan hingga ke peringkat akar umbi," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 6 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global