web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Starlink Di Malaysia Selaras Kerangka Antarabangsa - MCMC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 8:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi Starlink di Malaysia adalah selaras dengan kerangka antarabangsa, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).  

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berpandukan kepada kerangka yang disediakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) khususnya Peraturan Radio ITU ketika membuat keputusan berkaitan peruntukan dan pengurusan gangguan spektrum.

“Perkhidmatan satelit adalah secara asasnya global dan Peraturan Radio ITU menyediakan kerangka global untuk menyelaras dan mengawal perkhidmatan ini.

“Ia dengan jelas menggariskan kriteria perlindungan termasuk kewajipan untuk mencegah gangguan berbahaya kepada perkhidmatan sedia ada dan prosedur untuk menyelesaikan pertikaian gangguan, jika ada. Operasi Starlink di Malaysia adalah selaras dengan kerangka antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada laporan sebuah portal teknikal mengenai kebimbangan dan isu yang ditimbulkan berkaitan kemungkinan gangguan kepada perkhidmatan telekomunikasi sedia ada serta kajian kewujudan bersama melibatkan Starlink.

MCMC menyebut setakat ini, tiada aduan yang diterima mengenai gangguan yang dilaporkan.

Katanya jika berlaku sebarang gangguan, ia akan diatasi melalui penyelesaian gangguan sedia ada mengikut kerangka kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut kenyataan itu, Starlink telah diberi status Malaysia Digital yang membenarkannya beroperasi di negara ini dengan status pemilikan semasa.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian dan manfaat yang akan diberikan oleh Starlink. Sebelum mengeluarkan lesen tersebut, MCMC telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk memastikan pertimbangan mereka diambil kira," katanya.

Selain itu, MCMC kekal komited dalam melindungi kepentingan orang awam dan memastikan semua perkhidmatan telekomunikasi termasuk yang disediakan oleh Starlink, beroperasi dengan mematuhi standard serta peraturan. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang