web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN: 16 Kertas Siasatan Dibuka - Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 8:06PM

Selangor merekodkan lima kertas siasatan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Sebanyak 16 kertas siasatan dibuka antaranya melibatkan kesalahan merosakkan bahan kempen calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri, yang kesemuanya direkodkan semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman ACP A. Skandaguru berkata di Selangor sebanyak lima kertas siasatan dibuka diikuti dengan Pulau Pinang sebanyak empat kertas siasatan dan Kedah sebanyak tiga.

Beliau berkata ini disusuli dengan Terengganu, juga sebanyak tiga kertas siasatan manakala Negeri Sembilan hanya satu kertas siasatan.

"Di Bukit Selambau, Kedah, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana kesalahan mengembangkan permusuhan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) kerana kesalahan jenayah khianat setelah terdapat bendera parti dirosakkan dan dibuang.

Di Selangor, seorang pengadu telah menerima maklumat kain rentang seorang calon yang bertanding di kawasan Kampung Sungai Yu telah diconteng dan dirosakkan manakala di Lenggeng, Negeri Sembilan, seorang ketua wanita sebuah parti politik Cawangan Sungai Machang Ulu membuat laporan difitnah oleh pemilik akaun Facebook," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pada semalam juga, polis telah menerima keseluruhan sebanyak 182 laporan polis dengan Selangor menerima laporan tertinggi sebanyak 62 laporan.

"Ia diikuti Kedah (53), Terengganu sebanyak 34 laporan, Kelantan sebanyak 17 laporan polis, Negeri Sembilan dengan 12 (laporan) dan Pulau Pinang mencatatkan hanya empat laporan sahaja," katanya.

Skandaguru berkata polis juga turut meluluskan sebanyak 274 permit ceramah dengan Terengganu sebanyak 66 permit.

"Diikuti Kedah sebanyak 61 permit, Kelantan (53), Selangor (43), Negeri Sembilan (24) dan Pulau Pinang (27)," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala pengundian awal pada 8 Ogos. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki