web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian OKT Kenyah Tiada Unsur Jenayah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 9:21AM

Polis tidak kesan unsur jenayah kes kematian OKT etnik Kenyah- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan daripada hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas seorang lelaki etnik Kenyah yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Daerah Marudi, Sarawak selepas mengadu sakit dada dan kesukaran untuk bernafas pada Isnin.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata bedah siasat telah dijalankan di Hospital Miri, Sarawak hari ini.

Beliau berkata ujian pengesahan COVID-19 telah dijalankan ke atas si mati dan hasil keputusan adalah negatif.

"Punca kematian adalah disebabkan pendarahan dalam perut akibat penyakit hati yang kronik. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan malam ini.

Azri berkata Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.

Semalam, media tempatan melaporkan seorang lelaki Kenyah yang ditahan atas kesalahan ugutan jenayah dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Daerah Marudi, Sarawak selepas mengadu sakit dada dan kesukaran untuk bernafas, Isnin lepas.

Azri dilaporkan berkata orang kena tahan berusia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 10.30 malam oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Beluru di Marudi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global