web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelantan, Ikut Sahajalah Model Air Negeri Lain, Kenapa Tak Buat?  

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 4:16PM

Rafizi Ramli - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan hanya perlu mengikut model pengurusan air seperti dilaksanakan negeri lain di Malaysia untuk menguruskan sumber itu. 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tidak timbul isu anak tiri buat negeri itu memandangkan segala keperluan utama telah disediakan oleh kerajaan Persekutuan. 

Jelasnya, kerajaan negeri hanya perlu menguruskan loji rawatan air dengan baik termasuk membayar sewa kepada kerajaan Persekutuan hasil daripada kutipan bil yang dibayar oleh rakyat negeri itu. 
 
"Model itulah yang diguna pakai di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Tak timbul langsung soal Kelantan ini dianak tirikan. 

"Model itu berjalan dengan baik di semua negeri lain, model itulah yang membolehkan negeri lain  bina loji rawatan air, tukar paip, kutip duit bayar sewa..negeri lain semua buat, negeri Kelantan tak buat,” katanya ketika berucap di ceramah Jelajah Madani untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Emas di Kota Bharu. 

Tegas Ahli Parlimen Pandan itu, model berkenaan jika diuruskan dengan baik berupaya melunaskan semua bayaran sewa loji rawatan air dan mencukupi untuk menukar paip yang usang. 

Kerajaan Persekutuan tambahnya, telah melaksanakan komitmen yang sewajarnya terhadap semua negeri bagi memastikan keperluan rakyat dapat dipenuhi. 

“Apa yang berlaku di Kelantan berpunca daripada kegagalan pengurusan sejak negeri itu dilanda banjir besar pada 2014. Kelantan ini dia tak boleh urus dengan baik, jadi mereka nak apa tau? Tolong bagi percumo kat kito, semuo kito nok percumo.

"Itu belum masuk apa yang dia cakap lagi tadi, dia tunjuk keperluan lebih kurang 700 juta liter air sehari, selepas itu bila kita bina lagi satu tambahan RM1.5 billion yang baru ini, Kelantan dah dapat 800 juta liter dah. Yang mereka perlukan lagi RM8 billion untuk 5 biji lagi ini sebab apa," soalnya. 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk mengatasi masalah air bersih di Kelantan. 

Peruntukan tersebut adalah hasil perbicangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan asas rakyat di negeri tersebut. 

Rafizi sebelum ini turut membidas permintaan negeri Kelantan yang meminta peruntukan tambahan sebanyak RM8 billion untuk menyelesaikan isu air. - Getaran, 5 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 5 hari yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki