web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Rasuah, 2 Penjawat Awam Dicekup Dalam Kes Berbeza

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Aug 2023 9:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, selepas disyaki
menggunakan jawatan untuk mendapatkan wang tuntutan berjumlah lebih RM200,000.

Menurut sumber, wanita berusia 30an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 1 petang tadi ketika hadir di pejabat SPRM Negeri Sembilan untuk memberi keterangan.

Katanya, suspek dikatakan menyalahguna jawatan disandang pada 2020 hingga 2023 ketika mengadili satu kes melibatkan tuntutan kewangan.

“Dia disyaki mengambil wang berkenaan sebagai suapan bagi dirinya sendiri,” katanya kepada Getaran.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi  mengesahkan tangkapan tersebut.

Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail - gambar Facebook
Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail - gambar Facebook

Beliau memberitahu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan permohonan reman esok pagi,” katanya.

Dalam perkembangan berbeza, dua individu termasuk seorang anggota penguatkuasa dicekup SPRM Selangor selepas disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM105,000 bagi mendapatkan surat jaminan kemasukan warga asing ke Malaysia untuk bekerja sebagai pelaut.

Sumber memberitahu Getaran, kedua-dua suspek, dengan seorang daripada mereka ialah pemilik syarikat dipercayai telah melakukan kesalahan tersebut dari September hingga Disember 2022.

Beliau berkata, mereka ditahan kira-kira jam 1 tengah hari tadi di pejabat SPRM Selangor dan pejabat SPRM Pahang ketika diminta hadir untuk memberi keterangan.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 17 (b) Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek tersebut akan di bawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 9.30 pagi esok untuk permohonan reman,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan